Assalamualaikum..
Nak masak apa hari ini?
Jom tengok resipi ikan tenggiri tandoori yang saya sediakan untuk keluarga semalam…
Bahan-bahan:
1) 2 keping ikan tenggiri
2) 1 sudu besar serbuk ketumbar
3) 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
4) 1 sudu besar serbuk cili
5) 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
6) 1 sudu besar minyak masak
7) Jus 1/2 biji lemon
8) Garam secukup rasa
9) 5 sudu besar minyak masak
Cara:
1) Masukkan semua bahan 2~8 ke dalam mangkuk dan gaul rata
2) kemudian sapukan campuran rempah pada ikan tenggiri dan perap selama 3 jam
3) Panaskan kuali dengan 5 sudu besar minyak dan kecilkan api. Kemudian masukkan ikan dan goreng sehingga masak.
atau
4) Bakar ke dalam oven sehingga masak.
Biasanya masakan ikan tandoori atau ayam tandoori dimasukkan pewarna merah atau pes tomato untuk menambah warna. Tapi sekiranya nak boleh juga masukkan 1 sudu besar pes tomato.
Selamat menjamu selera.
kalau makan dengan nasi putih dan kari ikan mesti sampai menjilat jari 😉
Dan ada pula sambal, mmm…begitu menyelerakan 🙂
I’ve nominated you in the Liebster Award. Check it out here : http://aliazamani.wordpress.com/2014/08/27/liebster-award-nomination/
Thanks 🙂