Assalamualaikum
Adakah anda merasai perut berangin, kembung dan sebu?
Sekali sekala kita mungkin mengalaminya terutama selepas makan.
Kejadian sebegini berlaku bila kita makan terburu-buru, minum air berlebihan ketika makan atau mengambil buah-buahan selepas makan. Selain itu kombinasi makanan yang tidak sesuai juga boleh menimbulkan tindak balas yang tidak baik kepada perut – perut akan berasa kembung kerana makanan tidak dicerna dengan sempurna.
Mengikut pengalaman saya, jeruk nenas dapat memberi kelegaan ketika perut kembung dan berasa sebu – air jeruk ataupun buahnya, kedua-duanya memberi manfaat. Jeruk nenas kaya dengan enzim bromelain yang boleh membantu proses penghadaman. Enzim bromelain sangat berkesan membantu mengurangkan gas perut yang berlebihan, selain dapat mengurangkan sakit sendi, arthritis, keradangan dan menghalang pertumbuhan tumor.
1) 2 biji nenas dibuang kulit dan dipotong seperti di dalam gambar
2) 5 1/2 cawan air
3) 1 cawan cuka epal
4) 2/3 cawan gula pasir organik
5) 3 sudu besar garam himalaya
Cara:
1) Masukkan nenas yang telah dipotong ke dalam balang
2) Satukan bahan 2~5. Kacau sehingga garam dan gula larut dan tuang ke dalam balang nenas
3) Tutup balang nenas dan simpan dalam peti sejuk
Jeruk nenas boleh dimakan selepas seminggu dan ianya boleh tahan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa bulan.
Dos: 3~4 sudu besar air jeruk nenas (boleh diambil tanpa dicampur dengan air bersama nenas)
Rasanya enak dan berkhasiat!