Hari ini saya nak kongsi satu lagi masakan kegemaran saya iaitu daging masak lawar. Cara masaknya sangat mudah..
Jom cuba
1) 400g daging batang pinang direbus sehingga masak. Toskan dan kemudian dihiris nipis
2) 200g bawang merah
3) 25g halia
4) 1 1/2 cawan air
5) 2/3 sudu besar serbuk ketumbar
6) 1 sudu besar serbuk kasar cili kering
7) 2 sudu besar kerisik
8) 2/3 cawan santan kotak (saya guna jenama kara)
9) 1 1/2 ~ 2 sudu besar jus lemon atau secukup rasa
10) 2 sudu besar gula melaka
11) Garam secukup rasa
Cara:
1) Kisar bawang dan halia bersama 1 1/2 cawan air sehingga lumat
2) Masukkan bahan kisar, daging dan semua bahan 5~10 ke dalam periuk
3) Masak sehingga mendidih dan kemudian kecilkan api
4) Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa
Mmm..yummy!
Salam akak, nak jadi sponsoring utk satu mega giveaway? Keterangan lanjut, baca link berikut and boleh inbox fb sy @ Nisa Ahmad atau admin2 lain ea. Ajaklah rakan2 juga. xde blog pon boleh join…. thanks akak 😉 http://ramaramapendek.blogspot.com/2014/09/pencarian-sponsor-blogger-area-mega.html
assalamualaikum Zanita……tak pernah come across this dish……idea sendiri ke? btw what is santan kara ye ?
Waalaikumussalam Ninamalinda. Resipi ibu saya. Santan kotak jenama kara. Saya suka guna santan ini hampir dalam semua masakan sebab mudah dan rasanya pun seperti santan segar