Assalamualaikum

Hari ini hari raya kedua Eidul Adha
Saya ingin ucapkan Salam Eidul Adha kepada semua yang beragama Islam. Semoga kehadiran Eidul Adha menyinarkan kehidupan kita semua.

Tentu dipagi raya ramai yang sibuk menyediakan juadah untuk keluarga. Seperti biasa, setiap kali menyambut raya saya akan sediakan hidangan menu kegemaran keluarga iaitu ketupat pulut dan saya regukan dengan 3 jenis masakan rendang. Untuk entri hari ini saya nak berkongsi resipi Rendang Ayam Perak. Bagi mereka yang gemar masakan rendang, bolehlah mencubanya. Memang sedap makan dengan ketupat pulut atau pulut kuning. Boleh juga kalau nak gandingkan dengan nasi himpit.

Ok, jom lihat resipi

image

Bahan-bahan:

1) 2 ekor ayam kampung, buang kulit dan dipotong kecil
2) 1/2 cawan minyak
3) 2 inci lengkuas dihiris
4) 4 batang serai diketuk
5) 1/2 kilo santan segar (2 biji kelapa)
6) 2 helai daun kunyit dimayang halus
7) 1 sudu makan/tbsp gula melaka
8) Garam secukup rasa

Bahan A: Kisar

1) 45 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas
2) 8 biji cili merah, buang biji
3) 1 cawan air

Bahan B: Kisar

1) 50g lengkuas
2) 50g halia muda
3) 50g bawang putih
4) 400g bawang merah
5) 1 sudu teh/tsp serbuk kunyit
6) 3 batang serai
7) 1/2 cawan air

Cara:

1) Panaskan minyak, tumis lengkuas dan serai sehingga serai kekuningan
2) Kemudian masukkan bahan kisar A dan masak sehingga terbit minyak
3) Masukkan bahan kisar B. Kacau selalu sehingga pekat dan terbit sedikit minyak
4) Masukkan santan. Kacau rata, masak sehingga mendidih dan kecilkan api
5) Bila kuah hampir pekat, masukkan ayam, gula melaka dan garam
6) Masak sehingga kuah agak pekat dan akhir sekali masukkan daun kunyit. Kacau sehingga rata.

Untuk resipi ketupat pulut, sila klik link di bawah
Ketupat Pulut Daun Kelapa

10 thoughts on “Salam Eidul Adha

  1. Selamat hari raya Iedul Adha juga, Sis! 😊
    selamat menikmati kebersamaan dengan keluarga.
    Oh ya, Sis… Halia muda itu apa? Masakan di hari raya sama dengan di tempat saya, menu ketupat, dan rendang selalu ada. Makasih, Sis!

    1. Terima kasih.
      Semoga Sis Fatmawaty sentiasa bergembira bersama keluarga terutama di Eidul Adha
      Kita bangsa serumpun, banyak ada persamaan. 🙂
      Halia muda itu adalah jahe yang belum matang/jahe muda yang biasa dimakan sebagai ulam

      1. Terima kasih kembali, Sis! الحمدلله saya bisa bahagia berkumpul dengan keluarga besar.
        ooh.. Jahe. Saya pikir apa, he….he.
        Sekali lagi terima kasih banyak atas infonya, Sis. 😊

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s