Assalamualaikum.
Syukur kepada Allah swt kerana saya dan anak-anak selamat pulang ke tanahair dari Osaka, Jepun. Pesawat mendarat di KLIA pada jam 5 petang semalam. Penerbangan dari Osaka ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 6 jam.
Selama 5 hari kami berada di sana, terasa percutian ini sangat indah dan seronok sekali, alhamdulillah.
Di sana kami berkesempatan melawat Bandar Kyoto sebanyak dua kali dan juga berpeluang melawat masjid tertua di Bandar Kobe. Waktu selebihnya kami bersiar-siar di Bandar Osaka.
Cuaca agak sejuk namun harinya sentiasa cerah, mujur juga tak hujan sepanjang kami di sana.
InshaaAllah saya akan rakamkan kisah percutian ini dengan lebih lanjut di entri yang akan datang.
Untuk hari ini saya kongsikan gambar hidangan dalam pesawat MAS dulu, hehe..
Hidangan berbintang-bintang…. sayangnya hidangan dalam negeri bintangnya berguguran satu demi satu…. (terkejut & sangat sedih dengan perubahan hidangan KK-KLIA & KLIA KK baru – baru ini)….
Semoga di hari akan datang ada perubaan yang lebih baik, inshaaAllah..
Boleh Share tempat-tempat menarik di Osaka?
Banyak juga tempat menarik di Osaka selain yang saya kongsikan sini… percutian saya banyak tertumpu di kyoto di tempat2 yg saya share dlm blog ni .