Sehari sebelum pulang ke Malaysia, kami ke bandar Kyoto sekali lagi. Kali ini kami ke Nishijin Tondaya pula. Tempat ini menyediakan pelbagai pakej termasuklah tea ceremony, kimono dan juga tour mengelilingi Machiya House yang berusia 130 tahun. Oleh kerana kami tiba agak awal pagi itu, kami mengambil kesempatan untuk merakam beberapa gambar di kawasan persekitaran. Sedang kami mengambil gambar, kami dipelawa masuk oleh salah seorang penghuni rumah di situ. Rupa-rupanya dia seorang kimono designer!
DI MACHIYA HOUSE, NISHIJIN TONDAYA.
Ini adalah kali pertama kami mengenakan kimono. Boleh tahan complicated juga nak memakainya!
Seterusnya kami ke Rose cafe, restoran Turki yang terletak beberapa langkah sahaja dari Kyoto Islamic Center dan Masjid Kyoto.
Selepas solat, kami menuju ke Imperial Palace Park….