Assalamualaikum
Ikan Bilis Goreng Special ini saya buat pada tiga hari yang lepas. Hanya hari ini, baru saya berkesempatan kongsi resipinya.
Saya suka masakan ini, sehinggakan masa iftar hari itu saya tidak langsung menjamah lauk lain. Sedap makan dengan nasi putih, menyelerakan. Lauk ini betul-betul menepati citarasa saya yang simple ini šŸ˜€

image

80g ikan bilis dicuci dan toskan
1 cawan minyak

Satukan semua bahan:
2 labu bawang besar dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
80g lengkuas dihiris nipis
2 kuntum bunga kantan dihiris nipis
9 helai daun limau purut. Urat daun dibuang dan hiris nipis
3 batang serai dihiris menyerong
15 biji cili padi dihiris
1 sudu besar jus lemon

Cara:

1) Panaskan minyak dan goreng semua bahan yang telah disatukan sehingga bawang kelihatan garing. Tuangkan ke dalam penapis dan toskan
2) Panaskan semula minyak yang telah diguna. Goreng ikan bilis sehingga garing
3) Tuangkan ikan bilis ke dalam penapis
4) Panaskan kuali semula dan masukkan semua bahan-bahan yang telah digoreng. Kacau sehingga rata. Kecilkan api dan goreng sehingga kelihatan kering.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s