Assalamualaikum.
Resipi hari ini ialah kerutuk daging.
Masakan ini saya hidangkan pagi Raya tempoh hari, cuma baru sekarang saya berkesempatan menyalinkan resipinya di sini.
Hidangan ini sesuai dimakan bersama ketupat pulut atau nasi himpit. Boleh juga dimakan dengan pelbagai jenis nasi.
Bahan-bahan:
2kg daging batang pinang dihiris nipis
1/2 cawan minyak
4 keping asam keping
4 sudu besar kerisik
4 helai daun pandan disimpul
1/2 kilo santan segar
Gula merah/gula kabung secukup rasa
Garam secukup rasa
2 cawan air
Bahan kisar:
45 tangkai cili kering(cili kering ini jenis kurang pedas) di potong buang biji dan rendam air panas selama 5 minit
20 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
1 sudu teh serbuk kunyit
5 sudu besar serbuk ketumbar
4 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk kasar lada hitam
1 1/2 cawan air
Bahan tumbuk: Lumat
6cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Cara:
1) Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar dan bahan tumbuk dan masak sehingga rempah kelihatan gelap dan terbit minyak
2) Masukkan daging, santan, 2 cawan air, asam keping, daun pandan dan gula secukup rasa. Kacau sehingga rata.
3) Bila kuah hampir pekat, masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Kecilkan api dan kacau selalu.
4) Masak kerutuk daging sehingga kuah pekat.
5) Akhir sekali senduk buang lebihan minyak
Assalamulaikum. Macam mana saya boleh safe recipes dalam blog ini. Terima Kasih.
Waalaikumussalam. Untuk save resipi ni, sekiranya Nur Irene Lee ada facebook, bolehlah klik (share) di facebook di atas..
Terima Kasih😄
Assalamulaikum jikalau nanti print semua resipi di dalam blog in untuk senang masak Dan reference macam mana?Terima Kasih.
Terima Kasih sudi meluangkan masa untuk saya.😄
Waalaikumussalam.
Boleh saja untuk senang masak dan rujukan Nur Irene Lee..