Assalamualaikum
Rasanya belum terlewat lagi untuk saya ucapkan selamat menyambut tahun baru pada anda pembaca semua. Semoga di tahun baru ini hidup kita lebih bahagia dan cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya, insyaAllah.
Sudah 10 hari saya dan keluarga pulang dari bercuti di Melbourne, Australia. Baru kini nampaknya ada kesempatan untuk berkongsi serba sedikit kisah percutian kami selama 7 hari di sana.
Pada awalnya, saya berhajat hendak bercuti di Tokyo, Jepun. Namun, bila difikirkan semula, bulan Disember di Jepun jatuh pada musim sejuk di mana waktu siangnya singkat. Oleh itu terpaksalah kami pilih destinasi yang lain.
Setelah google, kami dapati Melbourne adalah antara destinasi yang menarik untuk sebuah keluarga pergi bercuti. Selepas itu barulah bermula sesi perbincangan dan perancangan kami sekeluarga. Anyway, thanks to my daughter, Zafirah, who did lots of research through the internet and made all the necessary booking and arrangements for an enjoyable vacation.
Pada hari Jumaat, 25/12/2015 jam 10.30 malam, bertolaklah kami ke Melbourne, Australia. Penerbangan mengambil masa selama 7 jam 22 minit dan tiba di Melbourne pada jam 9 pagi waktu tempatan. Alhamdulillah, setiba di sana, segala urusan immigresen dan kastam berjalan lancar.
Dari Airport kami terus ke hotel dengan menaiki teksi. Even though we felt a bit tired after the long journey, the excitement and joy of being in Melbourne, gave us the strength to step out of the hotel and tour the city.
Hari pertama di Melbourne, kami banyak menghabiskan masa di sekitar bandar Melbourne. Salah satu keunikan Bandar Melbourne adalah sistem tram yg efisien meliputi kawasan yang luas dan ianya percuma di kawasan sentral. Tapi kalau kita nak pergi luar daripada free zone, perlulah kita membeli kad MYKI macam konsep touch n go.
Rupa-rupanya di Bandar Melbourne ini, saya dapati agak mudah untuk mendapat makanan halal. Contohnya, terdapat Restoran Melayu Little Ipoh dan Norsiah Kitchen. Nandos di Melbourne adalah halal sebagaimana tertera diwebsite mereka. Boleh google for more information.
Cuaca sangat baik. Walaupun musim panas, udara hari itu dingin dan nyaman sekali.
Photos on the first day..
Happy new year mbak Kasih, you have nice pics and thank you for share the story 🙂 .
Selamat tahun baru Emaknya Benjamin. 🙂
Terima kasih..