Assalamualaikum..

Hari ini saya kongsi satu resipi masakan kurma tapi kali ini ialah kurma cendawan. Sebenarnya ini adalah percubaan pertama kali saya menggunakan cendawan dalam hidangan ini, alhamdulillah tidak menghampakan, sedaplah πŸ™‚

Selamat mencuba.

image

Bahan-bahan:

12 butir cendawan butang yg besar
3 ulas bawang putih dihiris nipis
8 ulas bawang merah dihiris nipis
4 biji buah pelaga diketuk
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
5 tangkai cili kering dihiris dan biji dibuang
1 sudu teh serbuk ikan bilis
2 1/2 sudu besar rempah kurma (Adabi) dikacau rata dengan 1/4 cawan air
2 biji buah keras ditumbuk lumat
3/4 cawan air
1/2 cawan santan kotak (kara)
1/2 cawan minyak

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang merah, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis.
2. Bila bawang kelihatan sedikit kuning masukkan cili kering. Goreng sehingga bawang sedikit garing
3. Masukkan rempah kurma dan serbuk ikan bilis. Masak sehingga terbit minyak dan rempah kelihatan sedikit gelap.
4. Masukkan air dan buah keras. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan cendawan dan santan. Kecilkan api dan reneh sehingga cendawan masak.
6. Akhir sekali taburkan garam secukup rasa dan kacau sehingga rata.
7. Sebelum hidang, senduk buang lebihan minyak

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s