Assalamualaikum.
Esok dah hari jumaat, kejap je dari satu minggu ke satu minggu. Kadang-kadang tu saya rasa macam hari terlalu singkat. Rasa, 24 jam dulu macam panjang sangat. Kalau dulu terjaga tengah malam, alahai lamanya menunggu subuh. Sekarang ni dok menung-menung sekejap, aikk dah subuh! Mungkin juga kerana peningkatan umur saya, maka saya rasa begitu πŸ™‚

Resipi yang nak saya kongsikan malam ini adalah daging goreng dengan daun ketumbar. Bila hujung minggu nanti, kalau rasa buntu nak masak apa untuk keluarga, bolehlah dicuba resipi ni…

Selamat mencuba! πŸ™‚

image

image

Bahan-bahan:
400g daging lembut dihiris nipis dan gaul garam kunyit
1 labu bawang besar dipotong kiub
5 ulas bawang putih diketuk
5cm halia dihiris nipis
Cili padi ditumbuk lumat
2 pokok ketumbar dihiris (anggaran 1/2 mangkuk)
1 cawan minyak

Cara:

1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing
2. Masukkan daging, cili padi dan daun ketumbar. Goreng sehingga daging masak.
3. Tuang daging dalam tapis dan toskan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s