Daging Ketumbar

Assalamualaikum.
Esok dah hari jumaat, kejap je dari satu minggu ke satu minggu. Kadang-kadang tu saya rasa macam hari terlalu singkat. Rasa, 24 jam dulu macam panjang sangat. Kalau dulu terjaga tengah malam, alahai lamanya menunggu subuh. Sekarang ni dok menung-menung sekejap, aikk dah subuh! Mungkin juga kerana peningkatan umur saya, maka saya rasa begitu 🙂

Resipi yang nak saya kongsikan malam ini adalah daging goreng dengan daun ketumbar. Bila hujung minggu nanti, kalau rasa buntu nak masak apa untuk keluarga, bolehlah dicuba resipi ni…

Selamat mencuba! 🙂

image

image

Bahan-bahan:
400g daging lembut dihiris nipis dan gaul garam kunyit
1 labu bawang besar dipotong kiub
5 ulas bawang putih diketuk
5cm halia dihiris nipis
Cili padi ditumbuk lumat
2 pokok ketumbar dihiris (anggaran 1/2 mangkuk)
1 cawan minyak

Cara:

1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing
2. Masukkan daging, cili padi dan daun ketumbar. Goreng sehingga daging masak.
3. Tuang daging dalam tapis dan toskan.

Daging Serai Rosemary

Assalamualaikum..

Tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut ramadan. Bulan mulia yang penuh keberkatan yang kita semua nantikan dengan satu keazaman untuk memperbaiki dan mensucikan diri. Semoga kita semua dikurniakan Allah kesihatan yang baik agar kita dapat melaksanakan kewajipan puasa dengan cemerlang sekali..

Cakap pasal puasa ni, saya nak kongsi satu resipi yang sesuai untuk sahur dan berbuka iaitu daging serai rosemary…

Jom cuba 😀

image

Bahan-bahan:

350g daging lembut/batang pinang
4 ulas bawang putih ditumbuk hancur
3/4 sudu teh/tsp rosemary ditumbuk hancur
3 batang serai dipotong 2cm dan diketuk
1/2 sudu teh/tsp serbuk lada putih
1 labu bawang besar dibelah dua dan dihiris nipis
1/2 cawan minyak
1 sudu besar/tbsp tepung beras
8 biji cili padi dihiris nipis/ terpulang pada citarasa pedas

Cara:

1) Gaul daging, bawang putih, rosemary, serai dan serbuk lada putih sehingga rata. Perap selama 30 minit
2) Panaskan 1/2 cawan minyak dan goreng bawang sehingga kuning.
3) Gaul daging dan tepung beras sehingga rata
4) Masukkan daging dan goreng sehingga garing. Toskan daging dalam penapis
5) Akhir sekali gaul daging dan cili padi sehingga rata.

Yummy!

Daging Jintan Manis

Assalamualaikum

Resipi hari ini ialah Daging Goreng Jintan Manis…

image

Bahan-bahan:

1) 400g daging lembut/batang pinang
2) 1 sudu besar (tblsp) serbuk jintan manis
3) 10 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
4) Cili padi terpulang pada citarasa pedas
5) Garam secukup rasa

Cara:

1) Daging dihiris nipis dan lebar
2) Gaul daging bersama serbuk jintan manis dan garam. Perap selama 1 jam
3) Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging sehingga air kering
4) Masukkan bawang putih dan cili padi dan goreng sehingga bawang putih menjadi perang
5) Tuang daging ke dalam tapis dan toskan