As salam semua.
Macammana first day berpuasa hari ini? Masak apa untuk berbuka?

Hari ini saya nak kongsi resipi jeruk daging yang saya buat pada 3 minggu yang lepas. Saya juga buat jeruk ikan tenggiri. Cara membuatnya sama je macam jeruk daging cuma gantikan daging dengan ikan.

Pada bulan puasa, terutama di waktu sahur, selalunya saya memang kurang ada selera makan. Tu yang saya buat jeruk daging dan ikan ni… sebagai pembuka selera πŸ™‚

Selamat mencuba!

image

Bahan-bahan:

1.5 kilo daging (saya guna daging yang lembut)
4 biji jus lemon
1 biji lemon di hiris
Garam himalaya

Cara:

1. Daging dihiris nipis. Jika daging sukar dihiris, masukkan ketulan daging ke dalam peti sejuk. Biarkan daging beku sedikit kemudian barulah dihiris.
2. Letak beberapa hirisan lemon ke dalam bekas kedap udara
3. Lumur setiap pemukaan kepingan daging yang telah dihiris dengan garam dan letak ke atas hirisan lemon. Perah lemon ke atas daging dan kemudian susun lapis kedua dan perah lemon ke atas lapisan kedua. Buat begitu seterusnya sehingga habis. Tutup bekas. Biarkan di suhu bilik selama 8~12 jam untuk proses penapaian.
4. Akhir sekali letak hirisan lemon di atas hirisan daging. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk.

Cara masak: Goreng seperti goreng daging biasa…

Advertisements

2 thoughts on “Jeruk Daging

  1. Slps diperap dgn lemon n simpan dlm peti sejuk mcmne nk mmasaknya? Adakah dgoreng atau masak apa yer? Xkan nk mkn daging mentah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s