As salam.

Untuk hidangan berbuka semalam, antara masakan yang saya sajikan ialah tempe goreng sambal dengan ikan bilis.
Saya buat agak banyak kerana permintaan anak yang suka tempe goreng sambal. Tak susah mana buatnya, mudah saja.

Tempe goreng sambal boleh tahan lama kalau dimasak sehingga kering. Sedap makan dengan nasi hangat dan kalau nak meratah pun sedap juga πŸ˜€

Jom cuba!

image

Bahan-bahan:

3 keping besar tempe dicuci & dipotong kiub kecil
1 mangkuk ikan bilis
3 labu bawang besar dipotong kiub kecil
50 tangkai cili kering dibuang biji & rendam air panas dan dikisar (cili kering ini kurang pedas)
2 keping asam gelugur
Garam
Gula
Minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng tempe sehingga garing. Toskan
2. Kemudian masukkan ikan bilis dan goreng sehingga garing. Toskan
3. Panaskan minyak secukupnya dan goreng bawang besar sehingga hampir garing.
4. Masukkan cili kisar, gula, garam & asam gelugur. Kacau sehingga rata. Kecilkan api
5. Masak cili sehingga terbit minyak dan cili kelihatan gelap
6. Masukkan tempe dan ikan bilis. Kacau sehingga rata dan goreng sekejap di atas api supaya tempe dan ikan bilis kekal rangup

Advertisements

4 thoughts on “Tempe Goreng Sambal Dengan Ikan Bilis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s