image

Garam Epsom adalah sebatian mineral semulajadi, terdiri daripada magnesium dan sulfat yang boleh memberi beberapa manfaat jika menggunakannya dengan cara yang betul.
Garam Epsom seringkali di kenali sebagai penawar untuk beberapa penyakit.
Kajian telah menunjukkan bahawa magnesium dan sulfat, kedua2 mineral ini mudah diserap kedalam kulit. Apabila dilarutkan ke dalam air suam, garam epsom akan meningkatkan tahap magnesium ke dalam badan.
Magnesium memainkan beberapa peranan termasuk mengawal selia aktiviti2 enzim, mengurangkan radang, merehatkan sistem saraf, melegakan sakit anggota badan, mengurangkan ketegangan otot dan dikatakan juga mampu mencegah pengerasan arteri. Manakala sulfat pula di katakan membantu meningkatkan nutrien dan menyahkan toksin.
Cara menggunakan garam epsom ialah dengan berendam didalam bath tub (2 cawan garam epsom + 15 gallon air), sekurang2nya 2 atau 3 kali seminggu selama 12 minit boleh memberi manfaat kepada kesihatan badan, mewujudkan perasaan ‘relax’,melegakan sakit kepala dan ‘stress’ atau larutkan 1/2 cawan garam epsom dengan air suam ke dalam bekas sederhana besar dan rendamkan kaki selama 20 minit untuk melegakan keletihan dan sakit kaki. Jangan sekali kali membiarkan garam pada kulit sebaik saja selesai berendam, pastikan membilas badan dengan air biasa.

Banyak manfaat dengan berendam, wow!!!
Di bulan syawal ni kalau terasa letih melayan tetamu, cuba le, mungkin dapat memberi kelegaan pada tubuh badan. InsyaAllah.
Walaubagaimana pun jika hamil dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan garam epsom.

Advertisements

22 thoughts on “Epsom Salt

  1. salam..saya baca dlm petua utk batu karang..untuk kepastian boleh diminum atau tidak ..mohon cara dan peraturan utk pengambilannya..apakah kesan pengambilannya

  2. Di katakan pengambilan garam epsom amat berkesan bagi kes teruk batu karang. Tapi tidaklah mudah dan mengambil masa selama 36 jam.
    Hari 1- Bangun pagi minum beberapa gelas air masak atau filtered water to flush the system. Elak kopi & teh kerana biasanya ada susu atau gula dan lemak atau mknan mengandungi lemak
    Makan sayur rebus atau kukus saja. Buah2an ok tapi elak buah citrus seperti limau, oren dll. Selepas pukul 2 ptg tidak boleh mkn atau minum air hingga pukul 6 ptg.
    1)Sediakn 3 heaped teaspoon garam epsom + 4~8 oz air. kacau hingga larut. Rasa amat pahit.
    2) Pukul 8 mlm minum bancuhan kedua.
    3) Pukul 10 mlm minum 4oz minyak zaitun yg dicampur dgn jus 1 biji lemon.
    4) Baring bahagian atas badan tinggikan sedikit dari bahagian bawah badan.

    Hari 2
    1) Perut mesti kosong sehingga pukul 12 tengahari. Tapi pukul 8 pg minum air garam yg ke 3. Mungkin selepas itu dah perlu kebilik air.
    2) Minum air garam yg ke 4 pada pukul 10 pagi. Selepas itu minum sedikit air suam untuk mencegah dihidrasi. Lepas pukul 12 tengah hari boleh jalani kehidupan biasa.. dah boleh makan.

    DAPATKAN PANDANGAN DR. SEBELUM MEMULAKAN REMEDI INI.

    Boleh rujuk ke link ini.
    http://www.womanjunction.com/topic/health/article/gallstones-diet/

    1. Waalaikumussalam. Berendam dengan air larutan garam epsom dikatakan salah satu rawatan yang berkesan bagi ekzema tapi tidak boleh lama atau lebih dari 15 minit kerana ia boleh memudharat kulit dan kesihatan. Walaubagaimana pun dapatkan nasihat doktor.

  3. Assalamualaikum. Terima kasih atas artikel bermanfaat ni. Cuma saya ingin bertanya sekiranya rendaman kaki dengan garam epsom ini boleh dilakukan oleh ibu saya (65 tahun).. dia ada masalah tapak kaki terasa mencucuk2 waktu malam.

    1. Waalaikumussalam. Sama2. Setahu saya tiada masalah cuma tak boleh lama. Sekiranya ada mengambil sebarang ubat, mungkin lebih baik berbincang dan mendapat pandangan doktor.

  4. Assalamualaikum..sy nk tye pgi n tngahari sy mkn ubt,lps 2 ptg sy mkn garam epsom ni utk btu karang…..adakah ia akan mendatangkn kmudaratan pd dri sy.

    1. Waalaikumussalam. Bagi pandangan saya Tuan Rohanita perlu berbincang dengan doktor. Saya tidak tahu samaada ia boleh memberi kesan sampingan/kemudaratan pada badan atau tidak.

  5. Salam. Saya nak bertanya, sekiranya ingin meminum air garam ini, kita perlulah berpuasa kn? Sejurus selepas minum air garam ini, boleh kah saya minum air mineral seperti biasa? Terima kasih..

  6. Waalaikumussalam. Dari pembacaan saya, sekiranya mengambil garam epsom untuk tujuan detoks, perlu minum air yang banyak. Sekiranya ada mengambil sebarang ubat perscription, saya cadangkan dapat pandangan doktor sebelum mengambil garam epsom…

  7. Kalau ada batu karang dan nak buang semua tanpa rasa sakit, ialah dgn meminum rebusan sejenis akar pokok yang di namakan ‘kekah batu’ yang tumbuh melata ditanah berpasir turutama tepi pantai.
    Saya pernah mengamalkan meminum air rebusan tumbuhan ni selama 7 hari dgn tidak meminum air lain.
    Hasilnya memang mujarab sehingga pulih sediakala
    Ingat nama tumbuhan ni.. KEKAH BATU. Saya kutip di kawasan tepi pantai di Kampung Nenasi, Pekan. Di kawasan kampung jauh dari pantai pun banyak, cuma kena rajin cari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s