Kurma Cendawan

Assalamualaikum..

Hari ini saya kongsi satu resipi masakan kurma tapi kali ini ialah kurma cendawan. Sebenarnya ini adalah percubaan pertama kali saya menggunakan cendawan dalam hidangan ini, alhamdulillah tidak menghampakan, sedaplah 🙂

Selamat mencuba.

image

Bahan-bahan:

12 butir cendawan butang yg besar
3 ulas bawang putih dihiris nipis
8 ulas bawang merah dihiris nipis
4 biji buah pelaga diketuk
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
5 tangkai cili kering dihiris dan biji dibuang
1 sudu teh serbuk ikan bilis
2 1/2 sudu besar rempah kurma (Adabi) dikacau rata dengan 1/4 cawan air
2 biji buah keras ditumbuk lumat
3/4 cawan air
1/2 cawan santan kotak (kara)
1/2 cawan minyak

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang merah, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis.
2. Bila bawang kelihatan sedikit kuning masukkan cili kering. Goreng sehingga bawang sedikit garing
3. Masukkan rempah kurma dan serbuk ikan bilis. Masak sehingga terbit minyak dan rempah kelihatan sedikit gelap.
4. Masukkan air dan buah keras. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan cendawan dan santan. Kecilkan api dan reneh sehingga cendawan masak.
6. Akhir sekali taburkan garam secukup rasa dan kacau sehingga rata.
7. Sebelum hidang, senduk buang lebihan minyak

Percutian Di Melbourne – Akhir

Assalamualaikum.
Sorry for the late update. Busy sangat..

Ok, pada hari ke 4, kami ke Great Ocean Road. Tour ini wajib diambil sekiranya anda ke Melbourne kerana ia merupakan salah satu destinasi tercantik di dunia. Kami ambil package under Melbourne Coastal Touring. Perjalanannya agak jauh, mengambil masa yang lama kerana berhenti di beberapa tempat untuk bergambar dan menikmati keindahan alam. Kami bertolak pada jam 7.30 pagi.

Cuaca pada hari itu panas terik tetapi kami terlalu asyik menikmati keindahan tempat ini dan seronok bersiar di tepi pantai sehingga tidak sedar yang kami berjemur begitu lama. Bila tengok cermin, dah pun ‘sunburn’ :).

Perjalanan pulang mengambil masa lebih kurang tiga jam. Kami tiba balik ke hotel pada lewat petang… Outing pada hari itu memang penat tetapi it was worth it.
For the remaining days, we just spent our time exploring Melbourne City, no more special outings.

image

image

image

image

image

image

image

image

image
Kami juga singgah di Rain Forest yang berusia berjuta tahun, menurut guide kami..
image

image

image

So setakat ini sajalah travelog Melbourne untuk kali ini.
All in all it was a pleasant holiday 🙂

Percutian Di Melbourne – 3

Ke Brighton Beach..

Dari train station di Flinders street kami menuju ke Brighton Beach yang terletak di Dendy Street. Kami ke sana semata-mata hendak melihat bathing boxes yang terletak di persisiran pantai. Tengok dalam internet, nampak macam cantik

Setelah tiba di Brighton Station kami berjalan kaki di sepanjang pantai selama lebih kurang 15 minit. Dari jauh dah boleh nampak deretan 82 buah bathing boxes yang berwarna warni yang merupakan salah satu ikon pelancongan Melbourne. Bathing boxes ini nampak menarik dan unik tapi tiada kemudahan letrik dan air di situ. Tak pasti apa kegunaannya sebab tak nampak orang guna pun. Bilik persalinan barangkali.
Ketika bergambar di depan bathing boxes tu, sempat juga saya tinjau lihat dalam kotak-kotak tu, rupanya kosong, tak ada apa-apa pun di dalamnya. Cantik di luar je

Dari pantai, seberang jalan kelihatan banyak rumah-rumah mewah warga terkaya di Melbourne….

image

image

image

image

image

image

image