White Asparagus

Asparagus adalah sayur yang digemari ramai. Ianya boleh didapati dalam pelbagai warna: ada asparagus hijau, putih dan ungu. Warna asparagus yang paling biasa adalah hijau dan ini dianggap yang paling berkhasiat. Yang ungu pula saya belum pernah jumpa lagi.

Dikatakan white asparagus ataupun asparagus putih mempunyai rasa yang sama dengan asparagus hijau namun bagi saya white asparagus adalah lebih sedap terutama bila dimasak.
Semasa ditanam, white asparagus perlulah dilindungi dari terdedah kepada cahaya matahari; samaada ditutup dengan plastik atau pun tanah. Ini bagi menghalang pembentukan klorofil dan dengan itu mengelakkan asparagus daripada menjadi hijau.

image
Menurut “Acta Horticulturae”, white asparagus mengandungi antioksidan yang lebih rendah dari asparagus hijau.

ASPARAGUS BAWANG PUTIH
image
Masakan ini simple saja, saya cuma tumis banyak bawang putih. 🙂

Doa Rasulullah s.a.w

DOA MEMOHON SELAMAT DARIPADA BALA DAN KEHINAAN

Antara doa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti di bawah.

image
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu daripada kesusahan bala, hina-nya kesengsaraan, keburukan qadak dan kegembiraan musuh (terhadap masalahku).

Riwayat al-Bukhari & Muslim

Celeriac

Celeriac atau nama lain celery root adalah sayuran akar yang pokoknya kelihatan sama seperti celery (lebih dikenali sebagai saderi dalam bahasa melayu). Tapi ia ditanam untuk dimakan akarnya manakala celery pula untuk daun dan batang.

Celeriac mempunyai kandungan kanji yang amat rendah berbanding dengan ubi kentang dan ia kaya dengan beberapa nutrien penting yang baik untuk kesihatan badan seperti fosforus, besi, kalsium, tembaga dan mangan. Fosforus diperlukan untuk metabolisme sel, tulang dan gigi manakala tembaga pula membantu memulihkan imuniti, mencegah anemia dan untuk metabolisme tulang. Selain itu ia juga mengandungi beberapa vitamin B kompleks dan juga jumlah yang sederhana vitamin C.

CELERIAC
image

CELERIAC GORENG
image

SUP CELERIAC
image

Celeriac mempunyai rasa dan bau yang lebih ringan dari celery dan boleh dimakan mentah. Celeriac juga rangup dan boleh untuk dibuat salad. Walaubagaimana pun bagi saya, rasa celeriac lebih enak bila digoreng atau dimasak sup.

http://www.nutrition-and-you.com/celeriac.html