Khasiat Belimbing Buluh

Saya suka kukus belimbing buluh dan makan dengan sambal garam atau masak dengan lemak cili padi. Belimbing buluh boleh menambahkan perisa masakan dan dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan darat (ikan air tawar).

image
(buah belimbing buluh)

Dikatakan belimbing buluh mempunyai khasiat yang tinggi dari segi perubatan dan sering di gunakan dalam perubatan tradisional untuk melembutkan kulit dan menghilangkan jerawat. Caranya; tumbuk lumat dan campur sedikit air, gosok perlahan di muka, biarkan sekejap saja dan bilas dengan air seperti biasa. (saya tak pernah amal petua ni)

image
(Buku ini juga digunakan sebagai sebahagian rujukan)

Dikatakan jus belimbing buluh juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis, mengelakkan pitam, mengawal obesiti dan anti radang. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, dikatakan merebus buah ini dan minum dua kali sehari dapat memberi kelegaan.

Daun belimbing buluh bila di jadikan pes boleh merawat gatal, bengkak, reumatisme dan dikatakan teh daun ini boleh merawat penyakit kelamin.

Buah belimbing buluh mudah rosak, walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Boleh di jerukkan dan di buat jem. Bila di jerukkan asid yang terkandung di dalam buah ini akan berkurangan.

Ada berpendapat mereka yang menghidapi angin medu, tidak boleh makan buah belimbing buluh.

Buah ini boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran, hmm… sangat menarik!!!

Sakit tekak (sore throat)

Terdapat berbagai petua yang saya baca bagi menghilangkan sakit tekak. Seperti berkumur dengan air garam, ambil madu dengan lemon dan minum air kulit kayu manis dan banyak lagi.

Terkini saya baca mengenai seorang wanita dan seluruh ahli keluarganya mengamal minum jus nenas ( yang ‘fresh’ ) atau makan nenas sebagai penawar untuk sakit tekak. Dikatakan sangat berkesan kerana dapat melegakan kesakitan dengan cepat. (saya sendiri tidak pernah cuba, sebab lebih dari 10 tahun tak dapat sakit tekak, Alhamdulillah). Kandungan enzim yang terdapat didalam nenas bertindak sebagai anti radang juga boleh merawat rasa perit dan kering pada tekak. Petua ini dikatakan betul2 mujarab. InsyaAllah.

Cubalah petua ini kalau dapati cara lain tidak berkesan….

Khasiat Buah kurma

Teringat pada satu kisah yang saya baca mengenai seorang wanita mengidap kanser ( tak ingat pulak, kanser apa) pada tahap merbahaya kerana dia disahkan doktor tiada harapan untuk sembuh dan bukan itu saja, jangka hayatnya dikatakan hanya tinggal beberapa bulan saja.
Oleh kerana yang demikian, dia mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah dan bertekad bila dia disana, dia hanya akan makan kurma dan minum air zam2 dan diiringi dengan doa kepada Allah. Percaya tak anda jika saya katakan,  dia disahkan bebas kanser oleh doktor sekembalinya dari umrah?? Tapi itulah hakikatnya. Pengakuan dari dirinya sendiri. ( dengan izin Allah, keajaiban boleh berlaku )

Dalam entri sebelum ini saya tulis tentang kurma mencegah sihir dan racun. Kali ini nak tuliskan pulak tentang khasiat buah kurma.

Kurma adalah salah satu daripada buah2an yang paling popular dengan senarai nutrien yang mengagumkan. Kandungan serat, vitamin dan mineral yang sangat berfaedah untuk kesihatan.

Kurma membantu merawat sembelit, cirit birit, gangguan usus, pertambahan berat badan, masalah jantung, kelemahan seksual dan kanser perut. Manfaat terbaik untuk pembangunan otot dan tulang, mencerna makanan dan memberi tenaga tambahan pada tubuh manusia. Dikatakan juga mengambil kurma setiap hari dapat mengekalkan kesihatan mata dan berkesan dalam mengawal masalah rabun malam kerana kurma kaya dengan flavonoil, antioksidan seperti beta karotena, lutein dan zeaxanthin (memberi perlindungan baik untuk mata).

Mengamal pengambilan kurma dapat menghalang penyerapan kolesterol LDL, mengawal degupan jantung dan tekanan darah dan memberi perlindungan terhadap penyakit strok dan jantung, insyaAllah.