Teringat pada satu kisah yang saya baca mengenai seorang wanita mengidap kanser ( tak ingat pulak, kanser apa) pada tahap merbahaya kerana dia disahkan doktor tiada harapan untuk sembuh dan bukan itu saja, jangka hayatnya dikatakan hanya tinggal beberapa bulan saja.
Oleh kerana yang demikian, dia mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah dan bertekad bila dia disana, dia hanya akan makan kurma dan minum air zam2 dan diiringi dengan doa kepada Allah. Percaya tak anda jika saya katakan, dia disahkan bebas kanser oleh doktor sekembalinya dari umrah?? Tapi itulah hakikatnya. Pengakuan dari dirinya sendiri. ( dengan izin Allah, keajaiban boleh berlaku )
Dalam entri sebelum ini saya tulis tentang kurma mencegah sihir dan racun. Kali ini nak tuliskan pulak tentang khasiat buah kurma.
Kurma adalah salah satu daripada buah2an yang paling popular dengan senarai nutrien yang mengagumkan. Kandungan serat, vitamin dan mineral yang sangat berfaedah untuk kesihatan.
Kurma membantu merawat sembelit, cirit birit, gangguan usus, pertambahan berat badan, masalah jantung, kelemahan seksual dan kanser perut. Manfaat terbaik untuk pembangunan otot dan tulang, mencerna makanan dan memberi tenaga tambahan pada tubuh manusia. Dikatakan juga mengambil kurma setiap hari dapat mengekalkan kesihatan mata dan berkesan dalam mengawal masalah rabun malam kerana kurma kaya dengan flavonoil, antioksidan seperti beta karotena, lutein dan zeaxanthin (memberi perlindungan baik untuk mata).
Mengamal pengambilan kurma dapat menghalang penyerapan kolesterol LDL, mengawal degupan jantung dan tekanan darah dan memberi perlindungan terhadap penyakit strok dan jantung, insyaAllah.
Sy tahu kurma byk khasiat..tapi terlalu manis for me. Lepas mkn 2 atau 3 biji susah nk lajak sampai lebih. Sy tgk org arab makn hampir selungok atas pingan bila buka posa..
Boleh kisar kurma dan buat minuman kurma dengan biji selasih, sedap jugak!!
😀 kurma ada..biji selasih tak de..huhuhu
boleh jer..kalau kita usaha untuk amalkan. saya dulu boleh makan sebiji kurma jer, tapi sejak akhir2 ini saya gagahkan untuk ambil 7 biji setiap pagi (dalam waktu duha). Alhamdulillah..saya berjaya akhirnya-makan 7 biji kurma setiap pagi. dan lagi satu..saya rasa kurma ni dapat mencantikkan wajah. Tapi kena diamalkan bukan boleh hari ni makan esok lusa tinggal. Perlu dijadikan amalan
Banyak khasiat kurma ni. Kalau tak biasa memang sukar nak makan 7 biji setiap hari. Masa di mekah, ada beberapa ustaz beritahu, ada sejenis kurma untuk awet muda… 🙂