Luo Han Guo

Di Negara China dan Thailand, buah Luo Han Guo digunakan untuk tujuan perubatan. Buah ini terkenal kerana rasanya manis dan ekstraknya digunakan sebagai pemanis. Luo han guo adalah beratus kaliganda manis daripada gula. Ia telah digunakan berabad-abad lamanya oleh orang Cina sebagai pemanis kalori rendah untuk merawat obesiti. Khasiatnya dikatakan memberi banyak manfaat pada kesihatan.

Buah organik luo han guo telah digunakan sebagai herba merawat batuk dan sakit tekak. Ia juga didapati berkesan merawat kencing manis dan disamping itu dikatakan boleh meningkatkan sistem imun, kelenjar dan sistem penafasan, merawat selsema, melegakan kesesakan paru-paru, saluran penghadaman, menggalakkan pergerakan usus dan menghilangkan kahak.

Buah ini biasanya dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan kerana buah segar sukar disimpan sebab ia mudah rosak.

image

image

Buah kering luo han guo berkulit keras dan nipis. Mudah dihancurkan.
Sebiji buah luo han guo dipecah kecil dan direneh dengan 5 cawan air selama 5~10 minit.

Bagi saya, rasa air rebusan buah ini tidaklah begitu sedap tapi bolehlah diminum 🙂


Ref:
Luo Han Guo
Sweet Fruit Used as Sugar Substitute and Medicinal Herb

Mengapa buah Mangga baik untuk kesihatan?

KERANA:
Ia kaya dengan nutrien dan sebatian bioaktif. Buah mangga mengandungi vitamin A, C, beta-karotena dan Mineral kalium, kalsium, fosforus dan enzim serta sarat dengan serat.

Khasiat mangga:
Ia dapat meningkatkan kesihatan mata, membantu penghadaman dan pencernaan serta mengekalkan alkali badan. Buah mangga dipercayai dapat membantu menghentikan pendarahan, menguatkan jantung, merawat lemah tenaga fizikal, buasir, tisu bengkak dan masalah paru-paru.
Asid glutamin yang terdapat di dalam mangga mencukupi untuk meningkatkan memori kanak-kanak.

MANGGA MUDA
image
Air rebusan kulit batang pokok atau akar mangga diminum untuk melawas air kecil, menghentikan pendarahan dan mencuci faraj untuk rawatan penyakit keputihan. Manakala air rebusan kulit buah mangga dijadikan minuman tonik. Daun mangga dapat membantu menormalkan tahap insulin dalam darah.

KARI DAGING & MANGGA MUDA
image

image

Saya suka pucuk dan daun muda mangga dimakan sebagai ulam, sedap. Dikatakan daun mangga enak dimasak sebagai sayur. Saya tak pernah cuba, mmm…nanti ke pasar tani bolehlah beli dan masak.

Mulanya rancang nak buat kerabu tapi buah dah kurang ranggup, ye lah dah lama terbiar. Kalau buat kerabu mungkin tak sedap, jadi saya masukkan mangga muda dalam masakan kari daging.

Menyelerakan, hari ini makan nasi bertambah-tambah. 🙂

Rujukan:

Siti Fuziah Yusof: Ulaman di sekeliling Anda
Ong Hean Chooi: Buah, Khasiat Makanan & Ubatan.

Pohon Ceri

Bila pohon ceri mengeluarkan bunga
Hati saya sungguh ceria
Bila buah sudah menjelma
Hendak memetik rasa tak rela
.
.
.
Akhirnya ia gugur ke bumi jua..

image

image

image

Moga dapat ceri begini, ♥
image

Akan dinanti hasilnya lagi
Tidak dibiarkan gugur sendiri…..  (insyaAllah).     🙂