Schizandra.

Semasa di Korea pada bulan jun lepas, saya sempat juga membeli 5 jenis Korea Tea iaitu lotus flower tea, mulberry leaves tea, persimmon’s leaves tea, buck wheat tea dan schizandra fruit tea.

Hari ini, barulah saya mula minum schizandra fruit tea. Masa saya nak buat tea tadi, frustlah juga sebab saya dah tersilap beli. Rasanya, ketika nak beli tu macam ambil schizandra berries rupanya terambil yang dah diproses. 😦

Anyway rasa tea ini, memanglah sedap.

Schizandra, merupakan herba yang sering digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Ia dikenali sebagai herba lima perisa. Ia digunakan sebagai tonik untuk libido lelaki dan wanita, meningkatkan kesihatan hati dan berkesan membantu metabolisma toksin.

Hati adalah organ yang penting untuk kesihatan manusia kerana ia menapis toksin dari darah, membantu pencernaan dan mengeluarkan serta menyimpan nutrien. Schizandra bukan saja melindungi hati dari toksik, tetapi ia juga boleh merangsang pertumbuhan semula sel-sel hati.

Gambar Schizandra berries dari google.

image

Kunyah beberapa biji Schizandra berries setiap hari akan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental.

image

image

Schizandra terkenal kerana ia dapat memberi kesan yang kuat pada tenaga. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk yang kronik, sesak nafas dan semput serta meningkatkan kesihatan mata.

Dikatakan jika mengambil schizandra selama 100 hari dapat membersihkan darah dan menajamkan minda.

Schizandra selamat diambil untuk jangka panjang. Namun begitu ia tidak boleh diambil semasa hamil atau pesakit yang mempunyai masalah membuang air kecil.

Rujukan:

Herbal Remedies, Andrew Chevallier.

Cape Gooseberry

Nama saintifik cape gooseberry adalah physallis Peru. Buah ini mengandungi banyak biji-biji kecil dan rasanya masam-masam manis. Buah ini dikatakan tidak boleh dimakan kalau masih muda/belum matang kerana ia beracun pada sesetengah orang. Namun begitu cape gooseberry mempunyai banyak kegunaan dalam perubatan seperti meningkatkan metabolisme, dapat membantu merawat kelenjar prostat, menggalakkan penghadaman dan berkeupayaan membersih darah.

image

image

image

Buah ini juga dikatakan boleh membantu menurunkan berat badan. Tapi jangan lupa,pastikan beli yang dah matang bila nak makan buah ini. 🙂

Health benefits of cape gooseberries

Cherries

Buah cherries/ceri kaya dengan vitamin dan mineral dan ia mempunyai beberapa ciri penyembuhan. Ia mengandungi pigment tumbuhan iaitu anthocyanin yang merupakan antioksidan yang kuat dalam pencegahan anemia, penyakit jantung dan kanser. Orang yang sering minum jus ceri dapat tidur dengan lebih baik dan lama kerana jus ini meningkatkan tahap hormon melatonin dalam badan; hormon yang mengawal tidur.

image

Ceri boleh membantu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan dalam arthritis, gout dan migraine.

Ref:


Health benefits of cherries