Khasiat Kacip Fatimah

Kacip Fatimah adalah sejenis tumbuhan herba yang biasa dijumpai tumbuh liar di hutan hujan tropika.

image
Kacip fatimah. Terdapat juga jual dalam bentuk kapsul, khasiatnya dikatakan Sangat baik untuk setiap golongan wanita 🙂

Kalau Tongkat Ali sering dikaitkan dengan kaum lelaki, kacip fatimah pulak sinonim dengan wanita, terutama digunakan sebagai air selusuh kerana dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi. Rebusan air kacip fatimah juga diminum untuk mengembalikan kecergasan badan selepas bersalin, membantu mengecutkan rahim serta melangsingkan badan.

Kacip fatimah sering juga diminum sebagai tonik, merangsang pengeluaran hormon, melancar kitaran haid, melegakan senggugut, merawat keputihan, cirit birit, membuang lebihan angin dalam badan, buasir, sakit sendi dan otot.
image
(Buku ini digunakan juga sebagai sebahagian rujukan)

Herba kacip fatimah mampu membekalkan tenaga kepada tubuh dan dikatakan juga dapat melewatkan proses penuaan.

Manfaat Cengkih

Manfaat cengkih untuk kesihatan telah terkenal selama berabad2. Bagi kaum cina, cengkih digunakan untuk menghilangkan nafas berbau dan bagi pengamal perubatan Ayurveda pula sering menggunakan cengkih dalam bentuk teh dan serbuk untuk tujuan merawat penyakit.

image

Minyak cengkih adalah ubat untuk masalah gigi dan dikatakan boleh menghilangkan sakit gigi dengan serta merta, melegakan keletihan mental dan badan, merawat pelbagai gangguan penafasan termasuk batuk, selsema, bronkitis, asma dan sinisitis. Cengkih boleh meningkat peredaran darah dan bermanfaat untuk jantung, hati dan perut

Minyak cengkih + sedikit garam, sapu ke dahi boleh hilang sakit kepala.
Boleh membunuh cacing. Meningkat gerakan peristalsis. Cengkih juga digunakan untuk rawatan insomnia, menyegarkan nafas, meningkan sistem imun dengan membersih darah dan membantu melawan pelbagai penyakit.

image
(Buku ini juga dirujuk)

Ciri-ciri antiseptik yang terdapat dalam cengkih telah digunakan secara meluas dalam produk penjagaan gigi dan mulut.
Faedah lain cengkih ialah meningkat kekerapan membuang air kecil, sekaligus membantu penyingkiran bahan toksik dari badan dan membantu dalam reumatisme, kekejangan otot dan bengkak.

Teh cengkih;
1 tsp cengkih + 2 cawan air, masak hingga mendidih dan kecilkan api dan rebuskan selama 2-3 minit. Tutup api dan biarkan lagi selama 5 minit dan kemudian tapis. Boleh maniskan dengan madu.

Herba dan rempah mengandungi vitamin, mineral dan antioksidan sebagainya. walaupun tidak sakit atau menderita dari penyakit, mengambil herba sebagai sebahagian daripada diet adalah baik untuk menikmati kesejahteraan kesihatan yang tidak ternilai….

khasiat Jintan Putih

Dikatakan jintan putih mempunyai ciri2 anti kanser yang kuat.

Herba tradisional ini mempunyai banyak kegunaannya.
Jintan putih didapati berkesan dalam merangsang kitaran haid dikalangan wanita. Ia juga digunakan untuk rawatan buasir, melawan selsema dengan meningkat sistem imun, menyahkan toksin, melegakan masalah gas dan seterusnya memperbaiki sistem penghadaman dan menggalakan selera makan. Jintan putih mengandungi “thymol”, kompaun yang merangsangkan pengeluaran asid perut dan membolehkan tubuh untuk mendapat khasiat maksimum daripada makanan.

image

Pesakit anemia sering disyorkan untuk memasukkan jintan putih dalam diet harian untuk pemulihan yang lebih cepat. Ia juga boleh menyingkirkan kahak dan meringankan penyakit tertentu seperti asma dan bronkitis.

Seperti dengan teh lain, teh jintan putih mudah disediakan. Di rebus dan harus dibiarkan beberapa minit sebelum diminum.
Sebagai tonik yang hebat untuk kesihatan badan.

image

image

Buku-buku ini saya gunakan sebagai sebahagian daripada rujukan.