Khasiat Jintan Manis

Jintan Manis termasuk dalam kalangan makanan yang sihat. Digunakan secara meluas dalam masakan.

Herba jintan ini mempunyai pelbagai khasiat perubatan.

image

Teh jintan paling berkesan untuk pencernaan, boleh membantu kejang perut dan melegakan sembelit. Herba ini juga dikatakan boleh merangsangkan detoksifikasi, dapat merawat gejala2 PMS dengan mengawal hormon estrogen dan juga membantu meningkatkan keinginan seksual. Manfaat kesihatan yang lain ialah menurun paras kolesterol ldl, meningkat sistem imun, menghalang pembentukan gas dalam saluran usus, melegakan asma, batuk dan tonik untuk buah pinggang. Herba ini boleh dikunyah untuk menyegarkan bau nafas.
image

image

Bagi saya yang sangat menarik tentang jintan ni, dikatakan boleh membendung selera makan, meningkat tahap tenaga, menghalang rasa lapar dan membantu dalam mengurangkan berat badan! 🙂

1 tsp jintan manis ( crush the fennel lightly) + 1 cawan air panas. Di rendam selama 5-10 minit, tapis dan boleh maniskan dengan madu. Minuman ini sesuai untuk siapa-siapa nak diet hehe..

Teh jintan manis ini tidak sesuai bagi wanita mengandung.

Nasi goreng Kerabu

Kali pertama saya masak nasi goreng kerabu ikan masin. Hmm.. suami dan anak lelaki saya kata sedap!! Resipi ni kawan bagi pagi tadi ketika kami jamu selera di kaki bukit selepas bersenam ( hari ni rakan2 yang sama naik bukit menganjurkan jamuan hari raya secara potluck) Ramai yang hadir dan terdiri dari berbilang kaum. Suasana sangat riang dan mesra sekali…

image
Saya hiris nipis daun kesom, limau purut, daun selasih, 1 bunga kantan dan 1 batang serai (saya buang semua lapisan keras), ikan masin (kurau) digoreng, cili padi dan bawang putih.
(kawan saya masukkan bawang merah)

image
saya kisar cili padi + bawang putih + ikan masin, kasar (jangan terlalu halus). Kawan saya tumbuk semua bahan2 ni. Saya, sebab terlalu rajin, kisar je..hahaha

image
Tumis bahan yang dikisar

image
Masukkan nasi dan kacau bagi sebati

image
Masukkan ulam yang telah dihiris nipis dan gaul rata

image
Saya tabur ikan bilis. Pada pandangan saya, kalau nak masak nasi goreng kerabu boleh masukkan macam-macam jenis ulam kegemaran tapi daun limau purut kena ada sebab daun ni membuat nasi lebih sedap. Bagi saya resipi ni memang best dan jangan lupa buat sambal belacan! 😉

Khasiat daun ketumbar

Manfaat daun ketumbar sangatlah luas. Ia mengandungi kapasiti yang kuat sebagai anti radang bagi membantu melindungi terhadap jangkitan bakteria salmonella dalam produk makanan. Ia juga boleh membantu gejala artritis, meningkat kadar kolesterol HDL, mengurang LDL, membantu pencernaan, mencegah angin dan kembung perut, menghalang jangkitan pada saluran kencing, mengurang rasa loya dan kekejangan ketika haid, melegakan cirit birit, menggalakkan fungsi hati yang sehat, merangsang imun dan bertindak sebagai ekspektoran.

image

image
Daun ketumbar.
(Ramai yang keliru daun ketumbar dengan daun saderi. Daun ketumbar bau lebih kuat dan unik…)

Daun ketumbar dikatakan juga sangat berkesan untuk menyahkan logam berat seperti merkuri, plumbum, aluminium dan bahan toksik lain yang terdapat di dalam tisu, darah dan organ dalam badan. Keracunan logam berat dalam tubuh menjadi punca ketidakseimbangan hormon, kanser, masalah tiroid, gangguan neurologi, kemurungan dan alahan makanan.

Ketumbar dikatakan makanan penyembuhan dan mempunyai lebih besar kepekatan antioksidan daripada beberapa jenis buahan dan sayuran
image
Saya juga suka buku ini untuk rujukan. Banyak lagi buku tentang herba dalam ruangan koleksi buku kesihatan, boleh klik di situ..

Dos yang disyorkan;
Jumlah dos teh ketumbar bergantung kepada masalah kesihatan yang dirawat. Dos yang lazim disarankan ialah 2 tbsp daun ketumbar segar yang telah di cincang dan di rendam ke dalam 1 cawan air panas selama 10 minit.