Pokok Puding

Terdapat banyak jenis pokok puding yang mempunyai pelbagai bentuk daun dan warna. Biasanya pokok ini dijadikan tanaman hiasan kerana daunnya cantik berwarna warni.
Cara menanam pokok puding dan penjagaannya tidaklah susah tetapi ia memerlukan dedahan cahaya matahari yang banyak. Pokok puding ditanam dengan mengunakan keratan dahan ataupun ranting.

Siapa sangka tumbuhan ini boleh dimakan. Biasanya daun muda berwarna kuning dimasak kerana rasanya manis tapi pedas bila dah matang. Manakala daun merah tua pula rasanya pedas dan ada berpendapat daun ini tidak makan. Kalau di Negeri Sembilan ada setengah jenis daun puding sering dimasukkan dalam masakan rendang ayam.

Air akar pokok puding berdaun hijau dan merah diminum untuk melawas buang air besar dan merawat kejang perut. Manakala air rebusan daun hijau pula diminum dan disapu pada badan untuk merawat demam panas.

image

image

image

Air dari daun puding dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat perancang keluarga. Oleh itu puding tidak elok dimakan oleh wanita yang ingin hamil atau yang sedang hamil.

Ruj:
Ong Hean Chooi: Tanaman Hiasan
Khasiat makanan dan ubatan.

Khasiat Temu Pauh

Terdapat pelbagai jenis herba temu.

Ada:
Temu pauh
Temu lawak
Temu putih
Temu hitam
Temu emas
Temu kunci

Rizom temu pauh berwarna kekuningan dan mempunyai rasa serta bau seakan buah pauh atau mangga. Ia juga dikenali sebagai temu mangga, temu bayangan dan temu lalab.

Bagi saya temu pauh sedap rasanya. Ramai mengatakan temu pauh nampak macam kunyit tapi saya tengok ada juga semacam halia. Enak dimakan sebagai ulam, ditumbuk campur kedalam sambal dan digoreng dengan sayur.

Khasiat temu pauh adalah:
Anti kanser, merawat ketegangan urat saraf, mengurangkan kolesterol dan darah tinggi serta membantu mengurangkan masalah saluran pencernaan dan saluran darah tersumbat.

Temu pauh juga dimakan bagi mengurangkan stres.

TEMU PAUH

 

1448536983976

 

TEMU PAUH SAYUR CAMPUR

1448537110287

 

 

Bahan-bahan:
1) 4 cili hijau jeruk dihiris
2) 4 helai sayur napa jeruk dihiris
3) 6 tangkai kacang botor segar dihiris
4) 3 pokok daun bawang dihiris
5) 5~6″ temu lawak. Dimayang kasar. Bagi saya lagi banyak lagi sedap
6) 3~4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
7) Kicap pekat dan lada hitam

Cara:
1) Tumis bawang putih sehingga kekuningan
2) Masukkan temu puah dan goreng sekejap
3) Kemudian masukkan bahan 1~3
4) Akhir sekali daun bawang, kicap dan lada hitam.

Keistimewaan temu pauh, boleh menambah rasa sedap pada masakan.

Temu pauh juga dimakan untuk awet muda.

Mmm…nanti saya nak kena tanamlah herba ini! hehe…

Rujukan:

Siti Fauziah Yusof: Ulaman di Sekeliling Anda