Khasiat cuka epal

Cuka epal mengadungi banyak nutrien, galian, vitamin, asid dan enzim. Boleh membantu mempertingkatkan kesihatan badan.

image

Selain boleh melambatkan proses penuaan, cuka epal juga mampu memecahkan pembentukan kolesterol dalam saluran darah.
Di samping itu juga  boleh mengawal tekanan darah tinggi, gout, membersih buah pinggang, meningkat metabolisma badan dan juga menghilangkan masaalah sembelit.

image
Buku ini menerangkan lebih banyak lagi manfaat cuka epal untuk kesihatan badan.

Boleh melangsingkan badan:
1 sudu makan cuka epal + 1 sudu makan madu + 1 gelas air suam, jangan guna air panas nanti musnah enzim yang terdapat didalam madu dan cuka epal. Minum semasa perut kosong diwaktu pagi dan petang.

Sebenarnya nak kuruskan badan senang je. Kurangkan makan manis, kurang makanan berlemak dan berminyak dan kurang ambil karbohidrat. Pasti berat badan turun dengan cepat. Tapi mampukah kita kurangkan pengambilan itu semua demi untuk memiliki tubuh badan yang menarik?

Entah le, rasanya kena tepuk dada tanya selera! 😉
 

Khasiat Spirulina.

Spirulina merupakan makanan yang beralkali dan sangat bermanfaat untuk tubuh badan seseorang kerana dapat membantu menyokong keseimbangan paras pH dan sering di gambarkan sebagai sumber makanan yang paling lengkap.

image
(Banyak pilihan dipasaran)

image
(Terdapat juga dalam bentuk serbuk, di katakan penyerapan lebih efektif )

Telah diketahui umum, jika darah menjadi lebih asidik maka ini akan mengundang kepada pelbagai penyakit. Spirulina dikatakan boleh membantu mengalkalikan darah, menyahkan toksin dalam badan disamping dapat meningkat kadar metabolisma, membantu menurun berat badan, meningkat kecerdasan mental, mengurangkan kolesterol dan triglycerides, melawan jangkitan virus, meningkat keupayaan menjana sel2 darah baru, memperkukuhkan sistem saraf dan juga menguatkan sistem imun.
image
(selain dari buku ini, saya juga layari internet untuk mendapat informasi tentang spirulina)

Spirulina kaya dengan zat vitamin, mineral, chlorophyll, omega 3 dan omega 6 juga mengandungi kadar protein yang tinggi, melebihi daging, telur, sayuran dan kekacang.

Pengambilan spirulina sebagai supplement tambahan akan memberi kesan yang sangat positif kepada kesihatan badan.

Khasiat Minyak Biji Anggur (Grapeseed oil)

Minyak Biji Anggur mengandungi kadar OPC (Oligomere Proanthrocyanidin) yang tinggi, merupakan antioksida paling berkesan 50 kali lebih kuat dari vitamin E dan 30 kali lebih pada vitamin C. Kaya dengan zat galian dan asid organik. Khasiat MBA (Minyak Biji Anggur) sangat baik untuk saraf dan otot.

image

image

image

(Warna MBA Kehijauan manakala di sebelah kiri minyak zaitun kekuningan)

image
(Buku ini juga digunakan sebagai rujukan)

Manfaat OPC melindungi sel2 didalam badan daripada di musnah oleh radikal bebas, menurun kadar kolesterol ldl, meningkat kadar hdl, mengurangkan sel pembukuan darah dan menurun risiko arterioklerosis, merencat keradangan, boleh cegah serangan jantung dan strok, mengurang ketidakselesaan berkaitan menopause.

MBA melembapkan kulit pada tahap yang mendalam dan mencegah penuaan (kena berhati2 menggunakan minyak biji anggur, kerana dapat membuat anda semakin kelihatan awet muda.) Bagi saya rasa MBA ok, boleh ambil begitu saja tanpa perlu campur dengan makanan atau minuman. Harga agak mahal. Ada yang murah tapi tu le pulak kurang kualiti.

Teringat saya di satu jamuan makan malam ketika kita berbincang mengenai khasiat minyak zaitun dan minyak biji anggur, kata seorang doktor, dia tidak boleh bayangkan bagaimana manusia boleh telan minyak begitu saja. Agaknya dia tidak tahu ada setengah penduduk di negara barat minum minyak zaitun 1/2 gelas kecil sehari untuk kesihatan jantung. Saya kata padanya, apa pendapat doktor tentang manusia yang mengambil minyak ikan? Hmm…. Dia terdiam!

Banyak ciptaan Allah yang Maha Esa memberi manfaat kepada manusia….