Khasiat daun sirih

Terdapat pokok sirih di belakang rumah dan saya dapati pokok ini senang tumbuh  walaupun tidak pernah dibaja. Pokok ini hidup dengan sangat subur hinggakan saya perlu mencantasnya selalu. Entah kenapa begitu segar bugar pokok ini. Kalaulah semua pokok di rumah macam ini tanpa perlu penjagaan, kan best. 

image

Daun sirih banyak manfaat 

image
Setiapkali ada majlis pernikahan, sudah menjadi lumrah orang-orang Melayu akan menyediakan sirih junjung sebagai satu hantaran pengantin perempuan kepada pihak lelaki.

Sebenarnya daun sirih mengandungi sangat banyak khasiat untuk tubuh badan.

Air daun sirih boleh diminum seperti teh dengan merebus 5 atau 6 daun sirih yang matang dengan 2 cawan air selama 15 minit dan di minum pada pagi dan petang, dapat melegakan pening kepala, boleh mengatasi masaalah keputihan yang menggangu sebahagian wanita dan menyembuh dari cirit birit.

Rendam daun sirih dalam semangkuk air dan ramas daun ini dan gosok pada kulit badan, bukan saja dapat menghilangkan bau badan malah boleh menghaluskan kulit. Air daun sirih dapat mencuci bahagian sulit yang gatal. Tapi kenalah buat selalu baru berkesan.

Untuk menghilang bau mulut dan mencegah kerosakan gigi ambil beberapa helai daun sirih, basuh dan kunyah kemudian berkumurlah.

Daun sirih dikunyah hancur, airnya ditelan untuk hilangkan batuk dan lelah.

Bagi wanita yang menyusu, menghadapi bengkak dada. Layurkan daun sirih, bila suam tekapkan keatas dada.

Tumbuk daun sirih sampai lumat dan letak dibahagian sendi yang sakit boleh melegakan sakit2 sendi.

Cubalah petua diatas bagi yang menghadapi masaalah. Mungkin petua2 ni mujarab. Setiap penyakit ada ubatnya. Kita kena berusaha mencari dan mencuba. InsyaAllah.

Acai dan Goji untuk sarapan.

image
Acai ni dibeli oleh anak perempuan ketika bertugas diPerth, Australia.
Yang beli disini dah habis jadi tunjuk yang ni je lah.

image
Goji ni pun anak perempuan yang beli.

image
Oats dan Wheat Brans baik untuk menurun kadar kolesterol ldl. Kaya dengan serat. Raisins mengandungi banyak vitamin.

image
Minyak Zaitun sangat berkhasiat.

image
Untuk sarapan.

image
Masukkan air panas dan biar seketika. Masukkan satu sudu makan minyak Zaitun dan kacau sebati. Sarapan pagi yang sangat berkhasiat dan mudah disediakan. Ini adalah my favourite. Suami saya tak suka kalau masukkan minyak Zaitun. Dia prefer telan minyak zaitun tanpa campur apa2.

Acai dan Goji adalah dua jenis “berries” yng mengandungi kadar antioksidan yang sangat tinggi, baik untuk kesihatan badan. Give it a try!

Bacaan tambahan:
Khasiat Acai dan Goji

Khasiat Teh.

Terdapat berbagai jenis teh didunia ini. Teh hijau sangat popular di negara jepun dan dipercayai mengandungi banyak khasiat. Banyak kajian telah dilakukan dan mendapati orang yang kerap minum teh hijau setiap hari dapat mencegah diri mereka dari penyakit kanser, meningkatkan kesihatan jantung dan hati, merangsang pencernaan, mencegah kencing manis dan arthritis. Ia juga meningkatkan sistem imun. Satu kajian di jepun mendapati bahawa ekstrak teh hijau dapat mengurangkan paras kolesterol LDL.

Teh kegemaran saya ialah teh oolong  dan teh hijau.

image

Teh oolong. Harga boleh tahan juga! rasa, ada ummp..

image

Teh oolong. Satu dicampur dengan sari pati kulit buah manggis. Rasa boleh dikategorikan kurang best.

image

Teh puer. Tak ramai yang suka. Rasa luar biasa sikit. Bagi saya ok

image

Teh puer. Teh ni dah lama beli. Lebih berkualiti dan rasa yang unik, boleh dikatakan sedap le tu.

image

Teh hijau. Kegemaran saya.

image
Mug ni suami beli semasa dia ke Jepun.

image
Yang ni anak lelaki saya beli di Guanzhou, China.

Ketika saya di guilin, china baru2 ni saya beli teh oolong yang di campur dengan sari pati kulit buah manggis yang didakwa mengandungi kadar antioksidan yang tinggi. Rasa teh ni tak le sedap sangat tapi dah beli, terpaksa lah minum, tak nak membazir. Saya juga beli teh puer. Teh ni tiada tarikh luput sebab lagi lama disimpan lagi mahal  harganya. Teh puer baik untuk usus. Walaubagaimanapun teh puer perlu dijaga dengan baik, kalau tidak ia akan rosak juga. Saya,  suami dan anak lelaki gemar minum teh oolong dan teh hijau terutama bila lepas mengambil makanan berminyak.

image

Semua teh yang di sebut diatas dikatakan dapat menurun berat badan. Entah lah, hingga kini saya belum berjaya 🙂 Yang pasti saya rasa puas bila minum teh2 ini.