Khasiat Sayur Maman.

Alahai jeruk lagi. 🙂

Sejak kebelakangan ini saya suka sangat buat dan makan jeruk. Baru ini saya beli buah belimbing dan sayur maman. Buah belimbing biasanya tak tahan lama walaupun disimpan dalam peti sejuk. Sayang tengokkan buah ini, segar dan cantik jadi saya segera buatkan jeruk.

JERUK BUAH BELIMBING
image

Pada hari yang sama saya juga buat jeruk sayur maman. Dah lama sungguh saya tak makan jeruk maman. Tiba-tiba rasa teringinlah pula bila ternampak daun maman ini… 🙂

Selain dibuat jeruk, daun maman juga dimakan sebagai sayur atau dimasak sup. Rasanya pahit tetapi bila dibuat jeruk rasa pahit daun maman akan berkurangan.
Biji maman pula bila ditumbuk lumat dan dimakan sedikit dapat mengeluarkan angin dalam perut dan usus. Jangan makan berlebihan kerana dikatakan ia boleh memberi kesan sebaliknya.

Daun maman bila direbus dan diminum airnya dapat membantu penghadaman, merangsang pengeluaran kahak dan ubat bagi penyakit hati dan hempedu.

SAYUR MAMAN.
image

JERUK MAMAN

image

Jangan lupa sekali sekala kocakkan balang ini untuk memastikan kandungannya sebati.

Bahan-bahan:

1) 5 ikat sayur maman. Hiris batang yang lembut saja dan pilih daun segar. Basuh hingga bersih.
2) 2 tbsp garam.
3) 1 mangkuk air.
~
4) 1 1/2 tsp garam.
5) 1 mangkuk air.
6) 1 senduk nasi sejuk.

Cara membuatnya:
1) 2 tbsp garam dimasukkan ke dalam satu mangkuk air masak sejuk. Kacau hingga garam larut.
2) Tuang air garam ke dalam mangkuk berisi sayur maman dan biarkan selama 3 jam. Sekali sekala kacau supaya sayur maman sebati dengan air garam.
3) Selepas 3 jam, tuangkan air rendaman sayur maman. Perah daun maman.
4) 1 1/2 tsp garam dimasukkan ke dalam semangkuk air dan kacau hingga garam larut. Kemudian tuang air garam dan nasi sejuk ke dalam mangkuk berisi sayur maman. Gaul sehingga rata. Selepas tu bolehlah masukkan ke dalam balang. Bila jeruk maman dah jadi (biasanya 4~5 hari) baru masukkan ke dalam peti sejuk.

image

Jeruk maman sedap juga dibuat masak lemak 🙂

Rujukan: Sayuran
Khasiat makanan & ubatan.
ONG HEAN CHOOI

Sup Herba Buah Mengkudu.

Hari ini saya masak sup ayam dengan buah mengkudu. Banyak kelebihan buah ini terutamanya untuk melawas buang air kecil dan besar, merawat batuk, asma, bengkak limpa dan melancar pengaliran darah. Disamping itu juga buah ini boleh mengeluarkan toksin dalam badan.

image

image

image
Resipi ini sangat simple sebab bahannya cuma
1) 1 ekor ayam kampung
2) 2 biji buah mengkudu yang muda. Dihiris tanpa buang kulit.
3) 1/2~3/4 tsp halba (digoreng tanpa minyak hingga perang dan tumbuk hancur)

Rebus semua bahan hingga masak dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

Sup herba ini sesuai dimakan begitu saja.
Sesiapa yang nak membuang toksin tu bolehlah cuba. 😉

Hari ini kita vegetarian.

Bila suami telefon saya, kita makan apa petang ini?
Saya kata padanya “hari ini kita vegetarian”.
Masak apa?
Dengan ringkas saya jawab, spaghetti 😉
Tak masukkan minced meat?
Kita kan vegetarian hari ini, jadi tak adalah daging. Hehehe…

Hari ini masak spaghetti, saya masukkan sebiji buah epal. Bau harum epal ketika saya rebusnya dengan cendawan begitu menyelerakan.
A very simple and easy recipe, saya guna organic tomato sauce with eggplant.

The sauce.
image

Sebiji epal yang disagat.
image

The vegetarian food, ready to be relished. 😀
image

Saya masak secawan air dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian masukkan cendawan butang yang dihiris dan sebiji epal yang disagat. Selepas 5 minit saya tuang sebotol sos dan masukkan carrot dan zucchini yang dihiris. Tabur serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. Walaupun simple tapi sedap, mungkin kerana sos tomato segera ini, hehe..

Sekali sekala jadi vegetarian baguslah juga 😀