Puding Nenas

Petang tadi kawan-kawan datang ke rumah dan saya jamu puding nenas… 😀

image

Bahan-bahan:

2 tin nenas kiub dan sirap (Jenama Ayam, pineapple cubes)
1 sudu besar gula
2 1/2 cawan susu segar
3 merah telur
3 sudu besar tepung gandum ( kalau nak lebih likat tambah 2 sudu besar)
1 sudu besar mentega
Secubit garam

Cara:

1) Masukkan nenas dan sirap ke dalam periuk. Masukkan 1 sudu besar gula dan masak di atas api yang sederhana sehingga mendidih
2) Masukkan susu segar, telur, tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati dan tapis. Kemudian tuang ke dalam nenas.
3) Kacau sehingga masak. Kemudian tuang ke dalam mangkuk dan sejukkan

Puding nenas ini sedap dimakan bersama susu sejat

Rasanya?
laku puding ni. 🙂

Nasi goreng Kerabu

Kali pertama saya masak nasi goreng kerabu ikan masin. Hmm.. suami dan anak lelaki saya kata sedap!! Resipi ni kawan bagi pagi tadi ketika kami jamu selera di kaki bukit selepas bersenam ( hari ni rakan2 yang sama naik bukit menganjurkan jamuan hari raya secara potluck) Ramai yang hadir dan terdiri dari berbilang kaum. Suasana sangat riang dan mesra sekali…

image
Saya hiris nipis daun kesom, limau purut, daun selasih, 1 bunga kantan dan 1 batang serai (saya buang semua lapisan keras), ikan masin (kurau) digoreng, cili padi dan bawang putih.
(kawan saya masukkan bawang merah)

image
saya kisar cili padi + bawang putih + ikan masin, kasar (jangan terlalu halus). Kawan saya tumbuk semua bahan2 ni. Saya, sebab terlalu rajin, kisar je..hahaha

image
Tumis bahan yang dikisar

image
Masukkan nasi dan kacau bagi sebati

image
Masukkan ulam yang telah dihiris nipis dan gaul rata

image
Saya tabur ikan bilis. Pada pandangan saya, kalau nak masak nasi goreng kerabu boleh masukkan macam-macam jenis ulam kegemaran tapi daun limau purut kena ada sebab daun ni membuat nasi lebih sedap. Bagi saya resipi ni memang best dan jangan lupa buat sambal belacan! 😉

Puding Prun dan Mangga

Tengah hari semalam saya masak puding prun dan mangga.

image
1 mangkuk mangga (3 biji), 10 biji prun dan 1 kotak santan kara tanpa kolesterol

image
1 tbsp mentega

image
2 cawan air + 3 tbsp gula + buah prun yang di hiris kasar + garam + butter, di masak dengan api yang sederhana sehingga prun kembang dan kemudian masukkan mangga. Biarkan atas api selama 5 minit (kecilkan api).

image
2 tbsp tepung beras + santan. kacau sebati

image

Masukkan adunan santan. kacau hingga masak.

image
hmm….oleh kerana puding ini mengandungi buah mangga, saya suka sejukkan terlebih dahulu sebelum dimakan.. ..

Nampak suami makan dengan penuh asyik! 🙂