Khasiat Durian Belanda(Soursop)

Buah durian belanda dilaporkan sangat berkhasiat sebab kaya dengan vitamin dan mineral. Dikatakan buah ini mampu mengurangkan bakteria yang mungkin ada pada saluran kencing, mencegah sembelit, menghalang kejang kaki, meningkat stamina, membantu mencegah migrain, terapi untuk gout, melancar peredaran darah, bertindak sebagai anti bakteria dan anti fungus, menurun tekanan darah tinggi dan dikatakan juga sangat berkesan untuk rawatan kanser.

Ada berpendapat daun buah durian belanda lebih berkesan dari buahnya bagi merawat penyakit kanser.
10 helai daun durian belanda (daun tua/matang) dengan 3 cawan air di rebus sehingga menjadi 1 cawan. Minum 2 kali sehari setiap hari. Daun ini dikatakan bersifat seperti kemoterapi. Difahamkan selepas minum badan akan merasai kesan2 haba seperti dirasai ketika menjalani kemoterapi. Dikatakan daun buah durian belanda mampu menghapuskan sel2 kanser dan membiar sel2 yang sehat berkembang secara normal.

Untuk mendapat minuman yang enak pastikan buah ni betul2 masak sebelum dikisar, buah yang lembut tandanya dah masak.

image
Buah ni rasa lebih masam dari manis.

image
Isi durian belanda yang telah dibuang biji. 3/4 isi buah + 2 cawan air dan kisar hingga hancur

image
1 gelas air buah yang telah dikisar + 2 sudu makan susu pekat manis dan kisar lagi bagi sebati. Kalau nak minum untuk tujuan kesihatan jangan campur susu pekat atau gula.. 🙂
Baki 1 gelas lagi air buah + 2 sudu makan madu dan kisar bagi sebati, dan masukkan baki isi buah kedalam kedua2 gelas
Bagi pandangan saya masuk susu pekat manis rasa lebih lemak. Suami saya pulak suka yang dimasukkan madu, amat baik untuk kesihatan. Lebih sedap jika diminum sejuk.

Minuman Avocado

image
Avocado, rupa tiada, khasiat ada.

image
Kisar, nak buat minuman, 2 cawan air + 1 avocado + 1/2 cawan santan kotak kara tanpa kolesterol dan secubit garam ( baik untuk anak2, kadang2 budak2 tak suka rasa santan. Boleh diganti dengan susu campur ais krim vanilla atau ais krim chocolate. Ramai orang dewasa tidak boleh minum susu sebab angin (lactose intolerence) jadi bolehlah guna santan (guna santan segar lagi sedap.) Minuman ni pekat, kalau nak kurang pekat masukkan santan cair lebih sikit.

image

Saya masukkan madu dan kemudian tuang avacado yang dikisar perlahan2 kedalam gelas. Enak diminum sejuk.

Khasiat daun selasih

Selasih adalah herba yang sering digunakan dalam masakan sebagai bahan perisa yang sangat unik dan disamping itu juga selasih memberi beberapa manfaat kesihatan tanpa kesan sampingan. Adalah dipercayai boleh merawat keradangan usus dan sakit2 sendi.

image

Dalam perubatan Ayurveda, selasih digunakan merawat berbagai penyakit biasa dan pakar2 naturopathic menggunakan selasih bagi rawatan kencing manis, gangguan penafasan, alahan dan ketidaksuburan. Selasih mengandungi asid cinnamaniac yang meningkat peredaran darah dan menstabilkan gula dalam darah.Daun Selasih selalu di makan mentah dan ia kaya dengan antioksidan .

Teh selasih (secawan air panas + beberapa helai daun selasih, rendam selama 5 minit, tapis dan masukkan madu dan lemon) diambil untuk melegakan loya kemoterapi dan radiasi. Masukkan segenggam selasih kedalam mangkuk dan ramas2 bagi mengeluarkan minyak dari selasih dan tuang air panas dan biarkan selama 15 minit, untuk digunakan sebagai air mandian yang baik untuk kulit.

Saya suka masak telur dadar + daun selasih

image
Cendawan dihiris nipis dan masukkan kedalam kuali, bila air cendawan dah kering saya masukkan mentega, garam dan lada hitam.

image
Masukkan telur + garam (di pukul sebati) kedalam cendawan.

image
Dua keping keju diletak keatas telur dan tabur daun selasih.

image
Balik balikan. Saya suka makan bersama roti.