Belinjau

Belinjau?
Belingar?
Melinjau?

Yang mana satu?
Bunyi pun hampir sama

Yang saya tahu, tiga-tiga pun boleh.

Bagi saya daun belinjau ni memang sedap dimasak. Kadang-kadang tu bila makan rasa macam daun asin-asin la pulak. Ada orang suka masak lemak tapi saya suka rebus gitu je. Daun Belinjau ni boleh dicelur dan dicicah dengan sambal.

Pucuk Belinjau tinggi kadar vitamin A dan C dan begitu juga dengan zat mineral.
image

image
Bila rebus daun belinjau, saya suka masukkan lengkuas, bawang putih, bawang merah, ikan bilis, cili merah dan lada hitam, sedap gitu.. 🙂

image
Buah belinjau yang muda boleh dibuat gulai lemak dan yang dah masak boleh direbus dan dimakan isinya. Biji belinjau yang ditumbuk boleh dijadikan kerepek. Biji belinjau mengandungi kadar urea yang tinggi, tidak digalakkan makan dengan banyak bagi mereka yang ada masalah gout. Rasanya yang sedikit pahit sering dijadikan makanan ringan…

Jeruk Timun

Dah dua bulan saya plan nak buat jeruk timun ini tapi tak kesampaian sebab timun kecil yang dicari-cari di supermarket tak ada. Minggu lepas saya ke Pavilion jadi singgahlah sekejap di supermarketnya. Ketika sedang pusing-pusing tolak trolley tiba-tiba ternampak timun kerdil, apa lagi… maka terjadilah jeruk timun ini, hehe….

Biasanya bila buat jeruk, saya tidak guna gula. Saya akan guna buah epal dan pear sebagai ganti gula. Tapi kali ini saya cuba guna gula molasses. Molasses mengandungi pelbagai mineral dan ia berkhasiat berbanding dengan gula biasa yang tidak ada nutrien kecuali simple carbohydrates.

Resipi ni dari Maangchi cuma saya olah sikit, guna gula molasses. Saya dapati ramai yang komen jeruk ni sedap, tetapi masin. Menurut Maangchi, garam yang banyak perlu untuk rangupkan timun dan sebelum makan rendamkan timun dengan air untuk kurangkan masin. Saya dah cuba dan bagi saya memang best jeruk ini. Cuma perlu hiris timun dulu sebelum direndam air sebab dengan cara ini masin boleh dikurangkan. Kalau rendam sebiji2 macam tu dalam air, timun masih masin. Terpulang berapa lama nak rendam, mengikut cita rasa. Ada juga bagi setengah orang jeruk ni tak masin…

Jom tengok resipi jeruk timun.. 😀

image

image

image

image

image

Bahan-bahannya:

1)  Timun kecil
2)  4 1/2 cawan air
3)  3/4 cawan gula molasses
4)  1/2 cawan garam himalayan
5)  1/2 cawan cuka epal

Caranya:
1) Cuci timun dan masukkan ke dalam mangkuk.
2) Masukkan bahan 2~4 ke dalam periuk dan masak selama 20 minit di atas api yang sederhana (kalau mengikut maangchi 40 minit di atas api yang besar).
3) Tuangkan air rebusan ke dalam mangkuk timun.
4) Bila dah sejuk masukkan ke dalam balang dan tutup. Selepas 24 jam, biarkan timun di dalam balang. Air dalam balang timun dikeluarkan dan dimasak semula selama 10 minit. Bila dah sejuk tuang semula kebalang timun dan simpan kedalam peti sejuk. Dibuat begini supaya jeruk ini tahan lama sebab tak guna bahan pengawet. Selepas seminggu jeruk timun dah boleh dimakan.

InsyaAllah bila dah habis jeruk timun ni, saya nak buat lagi. Sedap makan dengan nasi dan apa saja.. 😉

Rujukan:
Blog Maangchi

Khasiat Fennel Bulb

Sayur fennel bulb ini mengandungi phytoestrogens yang bermanfaat dalam mengurangkan gejala menopaus. Herbalists biasanya mengunakan sayur ini untuk merawat gangguan pencernaan, melegakan kekejangan usus, melegakan gas berlebihan dan sakit perut.

Merebus fennel bulb dan menyedut wap boleh memberi kelegaan untuk mereka yang menghidap asma dan bronchitis. Ia juga berkeupayaan menyekat selera makan.

image

Sayur fennel bulb ini diambil sebagai penyegar nafas, membantu penghadaman dan membantu mengeluarkan kahak dari paru-paru. Ia kaya nutrien, termasuk vitamin C, folat, kalsium, magnesium, fitonutrien dan antioksidan yang boleh membantu mengurangkan keradangan, meningkat sistem imum dan juga membantu mencegah kanser.

image

Sup fennel bulb

Selamat mencuba 😉