Tutuplah Bekas

Hadis diriwayatkan oleh Muslim dalam sahih-nya daripada Jabir bin Abdullah, dia menceritakan;
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda;

image
Ertinya:
“Tutuplah bekas dan tutuplah bekas minuman, kerana dalam satu tahun itu ada satu malam di mana wabak penyakit turun. Setiap kali wabak itu melalui bekas yang tidak bertutup atau bekas minuman yang tidak bertutup, pasti akan meletakkan benih penyakitnya di tempat tersebut.”

Tibanya 1435 Hijrah

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah swt. kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, kita masih diberi peluang, insyaAllah untuk bertemu sekali lagi pada hari esok dengan bulan Muharram.
Mungkin ramai telah berazam hendak melakukan hijrah, perubahan kepada kehidupan yang lebih baik, menjadikan tahun 1435 Hijrah untuk melipatgandakan ketaqwaan dan amalan soleh kepada Allah swt. InsyaAllah.

Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah.”
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Puasa sunat pada bulan Muharram lebih diutamakan pada 10 Muharram iaitu pada hari ‘Asyura.

image

Ertinya: “Rasulullah s.a.w pernah ditanya: ‘Solat apakah yang lebih diutamakan setelah solat fardu?’ Beliau menjawab: ‘Mengerjakan solat sunat ditengah malam.’ Beliau ditanya lagi: ‘Puasa apakah yang lebih diutamakan setelah puasa Ramadan?’ Beliau menjawab: Berpuasa di bulan Allah yang kamu namakan sebagai bulan al Muharram.”

Dari Ibnu Abbas ra, katanya: “Tatkala Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintah orang ramai agar turut berpuasa, mereka berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Ia merupakan hari yang diraikan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Beliau bersabda: “Jika usiaku sempat menemui tahun hadapan ini, insyaAllah, kita akan berpuasa pada hari kesembilan.” Ibnu Abbas berkata: ‘Sayangnya, belum lagi tiba tahun berikutnya, Rasulullah s.a.w telah pun wafat.
Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud.

Semoga setiap amalan kita sentiasa menepati sunnah Rasulullah s.a.w

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak (tidak diterima).
Hadis riwayat al-Bukhari.
.
.
.
.
.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan kepada semua,

image

Semoga kita dikurniakan Allah swt kebaikan dunia & akhirat. Amin..

Rujukan:
AS-SAYYID SABIQ
FIQAH SUNNAH Jilid 2

Arteriosklerosis

Arteriosklerosis adalah satu keadaan dimana arteri menjadi sempit dan keras disebabkan oleh berlebihan plak didinding arteri. Keadaan ini menganggu aliran darah ke seluruh tubuh.

Alteriosklerosis boleh terjadi pada arteri di otak, jantung, buah pinggang dan organ penting lain. Jika alteriosklerosis terjadi pada arteri yang menuju ke otak, maka boleh terjadi strok. Sekira terjadi di dalam arteri yang menuju ke jantung, boleh terjadi serangan jantung.

Makan makanan yang tinggi kandungan lemak akan membuat alteriosklerosis lebih teruk dan meningkat risiko mendapat serangan jantung dan strok. Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu kerana ia akan  meningkatkan tahap kolesterol LDL dalam darah.

image

Resipi Pengubatan Alternatif:

1) Nenas, buah plums, epal, daun salad, buah pir, artichoke dan bawang putih.

2) 1 ulas bawang putih yang telah dibuang kulit, ditumbuk dan direndam ke dalam minyak zaitun. Campuran ini ditutup selama 1 1/2 bulan dan dijemur bawah matahari.

Ambil 1 sudu sebelum sarapan setiap hari selama 40 hari.

Sumber: Dr. Khalid Gadd
Ensiklopedia Pengubatan Herba.
Terapi Alternatif Kedoktoran Islam