Arteriosklerosis adalah satu keadaan dimana arteri menjadi sempit dan keras disebabkan oleh berlebihan plak didinding arteri. Keadaan ini menganggu aliran darah ke seluruh tubuh.
Alteriosklerosis boleh terjadi pada arteri di otak, jantung, buah pinggang dan organ penting lain. Jika alteriosklerosis terjadi pada arteri yang menuju ke otak, maka boleh terjadi strok. Sekira terjadi di dalam arteri yang menuju ke jantung, boleh terjadi serangan jantung.
Makan makanan yang tinggi kandungan lemak akan membuat alteriosklerosis lebih teruk dan meningkat risiko mendapat serangan jantung dan strok. Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu kerana ia akan meningkatkan tahap kolesterol LDL dalam darah.
Resipi Pengubatan Alternatif:
1) Nenas, buah plums, epal, daun salad, buah pir, artichoke dan bawang putih.
2) 1 ulas bawang putih yang telah dibuang kulit, ditumbuk dan direndam ke dalam minyak zaitun. Campuran ini ditutup selama 1 1/2 bulan dan dijemur bawah matahari.
Ambil 1 sudu sebelum sarapan setiap hari selama 40 hari.
Sumber: Dr. Khalid Gadd
Ensiklopedia Pengubatan Herba.
Terapi Alternatif Kedoktoran Islam
Salam akak,
Saya lagi.. 🙂
Saya sbnrnya mengamalkan Cancer Diet (utk tujuan pencegahan) & salah satu sumber yg saya jadikan panduan ialah Budwig Diet. Dia ada buat research mcmmana tenaga photon dlm cahaya matahari memberi kesan pada kesihatan kita secara keseluruhan (sbb tu digalakkan mkn sayur mentah sbb tenaga dpd matahari still vibrates & akan hilang bila dimasak) & bila saya baca artikel akak yg ni ada menyebutkan tentang “jemur bawah matahari”, teringat lak sama jer dgn diet yg saya amalkan.
Seronok baca artikel2 akak utk tambah pengetahuan saya tentang natural & alternative healing. Anak sy pun sy ajar…alhamdulillah dpd bulan 7 smpi la smlm baru dia dpt demam sket, tak panas sgt. Tu pun sbb main hujan ptg ahad tu. Sblm tu, tiap2 bulan kena pi klinik sbb tonsilitis.
WaalaikumusSalam Azura…
Terima kasih sudi luangkan masa baca blog kak ni. Azura sangat perihatin menjaga kesihatan, sangat bagus tu!
Azura, ni kak copy paste artikel yg pernah kak tulis dulu. 🙂
Bila saya baca buku2 mengenai enzymes, saya dapati ia sangat menarik. Banyak manfaat yang kita boleh perolehi bila kita faham akan fungsi enzymes terhadap kesihatan badan kita.
Enzymes (enzim) bertindak dengan cara tertentu di dalam badan. Ia boleh menghadamkan makanan, mengurangkan atau menghapuskan senak dan kembung perut, menyahkan toksin, mencuci darah, menguatkan sistem imun, membina protein ke dalam otot, menghapuskan karbon dioksida dari paru2, mengurangkan tekanan pada pankreas dan lain2 organ.
Orang yang pertama mengkaji tentang manfaat enzymes terhadap kesihatan badan adalah Dr. Edward Howell pada tahun 1930 an. Ia mengatakan bahawa kualiti kehidupan dan tahap tenaga bergantung kepada enzymes. Jika rendah kandungan enzymes dalam badan maka anda akan mempunyai masalah kesihatan.
Terdapat dua cara untuk menambah tahap enzymes di dalam badan; dengan memakan makanan mentah atau dengan mengambil suplemen enzymes.
Badan kita mampu mengelak atau menyembuh dari penyakit dengan sendiri sekiranya di beri nutrien yang betul..