CRP dan Penyakit Kardiovascular

C-Reactive Protein (CRP) adalah sejenis protein yang terdapat di dalam darah, yang dihasilkan oleh organ hati dan sering digunakan sebagai penanda aras terhadap sebarang jenis keradangan (inflammation) yang berlaku. Ia juga menyumbang kepada masalah pada saluran darah dengan  menggalakkan pembentukan plak pada dinding arteri.

Paras CRP akan menjadi tinggi jika berlaku inflamasi akibat jangkitan kuman atau kecederaan pada badan. Sekiranya paras CRP tinggi untuk tempoh yang lama, maka ia adalah petanda bahawa satu proses inflamasi kronik telah terjadi. Arterosklerosis adalah penyakit yang menyebabkan keradangan yang kronik, apabila lemak berkumpul di dinding arteri menjadi keras, menyebabkan berlakunya penyempitan dan penyumbatan serius terhadap salur darah koronari jantung dan menyukarkan pengaliran darah. Ini meningkatkan paras CRP yang memberi risiko yang sangat tinggi kepada penyakit kardiovaskular.

Ramai yang percaya bahawa peningkatan LDL menentukan risiko penyakit jantung, namun pada masa yang sama kini dikatakan seseorang itu boleh juga mendapat serangan jantung atau strok walaupun mempunyai kadar kolesterol yang normal, tetapi memiliki paras CRP yang tinggi di dalam darahnya.

Dikatakan punca yang menyebabkan paras C-reactive protein (CRP) tinggi adalah kesan radang daripada penyakit kronik, penuaan, merokok, insomnia dan kemurungan. Jangkitan bakteria pada gusi boleh juga menyebabkan bakteria memasuki aliran darah dan di katakan ini mencetus hati untuk menghasilkan CRP.

Dikatakan mereka yang mempunyai paras CRP yang lebih tinggi juga didapati menghidap kencing manis, darah tinggi, paras HDL rendah dan mempunyai paras triglyceride ( sejenis lemak dalam darah) yang tinggi serta berat badan yang berlebihan. Kumpulan pesakit ini berisiko tinggi mendapat penyakit jantung sekiranya tidak mendapat rawatan atau dikawal secara optimum.

Perubahan positif terhadap kadar CRP boleh berlaku dengan pengurangan pengambilan diet tinggi lemak, protein dan karbohidrat serta dengan meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, minyak ikan, koko, Vitamin C, bijirin dan diet yang tinggi dengan kandungan serat.

image

image
Kalau ada kelapangan masa, bacalah buku2 diatas. Banyak maklumat yang sangat berfaedah untuk kita….

Mendepani Cabaran Menopaus

Teringat pada perbualan saya dengan seorang teman pada satu waktu dahuluuu…

“You dah ke menopaus”? Tiba-tiba dia ajukan soalan itu kepada saya? Terkejut saya dengan pertanyaan itu!!
Dan dengan penuh kehairanan saya jawab, “belum”.
“I dah menopaus”, katanya.
“Eh tak mungkin, kitakan sebaya dan umur belum lagi cecah 40, takkan you dah menopaus!”
“I think I ikut my mum la, dia pun menopaus sebelum umur 40 tahun” , katanya lagi.

Teman saya melalui saat yang sukar ketika menghadapi pra menopaus dan menopaus.Setelah mendengar segala pengalaman yang dilaluinya, perasaan dan semangat ingin tahu dengan lebih mendalam serta memahami topik ini timbul dalam diri saya. Bagi saya persediaan dan tindakan perlu diambil, manalah tahu jika saya ditakdirkan melalui keadaan sepertinya…

Jadi bila ada kelapangan masa, saya akan duduk berjam-jam di kedai buku, belek buku itu, belek buku ini, letak buku itu, ambil buku ini dan akhirnya saya beli buku- buku seperti yang di bawah.

image
Saya rasa buku ini baik untuk wanita yang tidak berpuas hati dengan jawapan dan penyelesaian yang dicadangkan oleh perubatan konvensional kepada masalah
yang amat nyata mengganggu kehidupan kebanyakan wanita.

Apakah pra menopaus? Bagaimanakah kita boleh tahu samaada kita mengalaminya?

Pra menopaus adalah apabila ovari berubah dan kurang mampu untuk menghasilkan estrogen dan progesteron, dan badan mula bertindak balas. Perubahan pada hormon pula memberi kesan kepada emosi dan badan.

Tanda2 pra menopaus boleh berlaku beberapa tahun sebelum menopaus, yang merupakan pemberhentian akhir kitaran haid. Kebanyakan wanita dapat rasakan tanda-tanda pra menopaus. Walaupun ini berbeza dikalangan wanita, terdapat juga sesetengah wanita tidak lansung mengalami simptom pra menopaus.
Mengetahui gejala-gejala pra menopaus, wanita boleh bersedia untuk menghadapi perubahan dalam kehidupan.

Diantara gejala pra menopaus ialah
1. Perubahan pada kitaran haid. Kitaran haid boleh menjadi pendek atau lebih panjang, haid tidak teratur. Perubahan yang paling biasa adalah kitaran haid yang lebih pendek.
2. ” Hot flashes”. Badan sering rasa panas dan peluh pada malam hari.
3. Insomnia atau gangguan tidur
4. Sakit kepala secara tiba2 atau migrain
5. Perubahan mood dan emosi, kemurungan, keresahan dan jantung berdebar-debar
6. Penambahan berat badan tanpa sebab
7. Keletihan, Kesakitan dan kekakuan pada sendi.

image

Bagi pandangan saya, buku di atas ini juga sangat baik dibaca. Dr. John R.Lee mengulas tentang menopaus dan rawatan semulajadi dan apakah yang dikatakan ketidakseimbangan hormon itu, bagaimana ia berlaku, kesan kesihatan dan bagaimana untuk membetulkannya….. Dr Lee menyediakan maklumat yang menunjukkan bahawa gejala-gejala yang dikaitkan dengan menopaus kebanyakannya TIDAK disebabkan oleh kekurangan hormon estrogen, sebaliknya disebabkan dominasi estrogen kerana tidak cukup hormon progesteron…..

Saya rasa buku-buku di bawah ini juga bagus untuk dibaca, terutama bagi mereka yang berminat dalam “herbs and natural therapies”

image

image

image

image

image

image

Beberapa herba seperti passion flower, black cohosh, ashwagandha boleh memberi sokongan semulajadi dan keseimbangan kepada hormon. Pengambilan vitamin dan mineral serta diet seimbang membantu menyediakan nutrien yang dikatakan faktor yang sangat penting bagi menangani gejala pra menopaus…..

Kindle

Saya seorang yang sangat minat membaca. Semasa muda suka baca buku cerita. Sekarang ni lebih berminat pada ilmu2 mengenai kesihatan untuk diaplikasikan dalam hidup. Saya ada upload gambar buku2 saya, itu pun bukan semuanya. Ada sesetengah buku saya dalam bentuk soft copy yang di simpan didalam kindle.

image

Kindle merupakan alat elektronik untuk memuat turun, menyimpan dan juga membaca e buku. Kita boleh beli dan download buku2 yang free di Amazon atau di internet ke dalam kindle. Salah satu ciri terbaik kindle ialah screen nya yang tidak menyakitkan mata walaupun baca berjam2. Kindle juga boleh menyimpan beribu2 buku dan ia tidak terhad kepada apa yang terdapat di Amazon saja.

Dengan adanya kindle saya tidak perlu lagi bawa buku yang berat kemana saja saya pergi. Kindle hadiah dari anak perempuan dan yang bestnya urusan download ni dia yang selalu buatkan untuk saya! 🙂