Assalamualaikum

Seperti biasa, hari ini saya sediakan masakan mudah dari dapur kasihilmar.
Hidangan ini enak digandingkan dengan ikan goreng, sambal belacan atau cili kicap..

image

Bahan-bahan:

1) 300g betik muda dihiris sederhana besar
2) 2/3 cawan air
3) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
4) 2 ulas bawang putih dihiris nipis
5) 2cm halia di mayang
6) 40g ikan masin kurau dipotong kiub dan digoreng
7) 1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam
8) 1/2 kotak santan kara
9) 3~4 helai daun limau purut
10) Garam secukup rasa
Kalau suka pedas bolehlah masukkan hirisan cili padi

Cara:

1) Rebus hirisan betik dengan 2/3 cawan air di atas api sederhana sehingga lembut
2) Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan
3) Masukkan ikan masin dan goreng sekejap. Kemudian tuangkan ke dalam periuk rebusan betik
4) Masukkan santan, lada hitam dan daun limau purut ke dalam periuk rebusan betik. Kacau sehingga rata. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih sekejap barulah padam api.

Advertisements

12 thoughts on “Masak Lemak Betik Muda

    1. Hi Tanveer,
      Thank you for following my blog too. It is mostly in Malay but you can google translate them. I suppose. πŸ™‚
      Hope you have a great day!

  1. sedap ni, kalau dulu masa saya ecil kat kampung saya selalu masak tumis air betik dengan ikan bilis dan letak dua tiga ulas cili api potong . sedap dan manis rasanya makan dengan nasi panas dan ikan kering goreng

    1. Saya pun suka masak tumis air macam Puan Rozalah dan ada sedikit tambahan, akan masuk banyak serbuk kasar lada hitam, memang menyelerakan! πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s