Daging Kicap & Daun Limau Purut

Aroma daun limau purut sangat menyegarkan dan harum. Walaupun daun ini tidak dimakan namun ia sering digunakan sebagai perisa makanan selain mempunyai pelbagai kegunaan perubatan.

Semalam saya masak daging kicap, menu kesukaan anak. Buat pertama kali, saya masukkan daun limau purut untuk memberi kelainan pada rasa. Kata anak saya, “sedaplah mama.” 😉

Bagi mereka yang suka pada bau dan rasa daun limau purut, bolehlah try resipi simple ini.

image

Bahan-bahan:
1) 200g daging lembut (batang pinang) dihiris nipis
2) 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
3) 2 labu bawang besar. Tiap satu dibelah empat
4) 7 tangkai cili kering dihiris & buang biji
5) 4~5 helai daun limau purut dihiris
6) Kicap lemak manis dan garam secukup rasa

Caranya:
1) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga bawang putih kekuningan dan kemudian masukkan cili kering
2) Masukkan daging dan daun limau purut dan goreng sehingga air daging hampir kering
3) Akhir masukkan kicap dan garam secukup rasa

♡ makan panas-panas dengan nasi putih 🙂

Kari Udang Tomato

Salam Jumaat.
Resipi hari ini ialah kari udang tomato berkuah pekat yang saya masak semalam. Menu yang menjadi kegemaran saya sekeluarga.

 

1448873181118

 

Bahan-bahan:
1) 12 ekor udang besar dibuang sebahagian kepala. Belah belakang udang dan buang urat hitam. Bersihkan
2) 8 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dikisar lumat
3) 1″ halia dimayang halus
4) 1 sudu teh rempah halba campur
5) 4 sudu besar rempah kari ikan adabi dicampur sedikit air dan gaul rata
6) 1 biji besar buah tomato dihiris kiub kecil
7) 1/4 cawan air & garam secukup rasa

Caranya:
1) Tumis halia dan rempah campur hingga kekuningan
2) Masukkan bawang kisar dan masak sehingga bawang kelihatan kuning
3) Masukkan pes kari dan masak hingga terbit minyak dan sedikit gelap
4) Masukkan tomato dan garam secukup rasa.
5) Akhir masukkan udang dan air. Kacau rata dan sehingga udang masak

Sedap, ♡ it 🙂