Daun Petai Belalang

“Daun petai belalang ni sedap, goreng ke atau buat sup pun boleh, 2 ringgit je, belilah…. murah!”. kata pak cik penjual sayur di pasar tani yang sering saya kunjungi.

Saya memang pernah makan petai belalang tapi tidak begitu menggemarinya kerana bau dan rasanya yang bagi saya kurang enak. Tapi entah kenapa hari tu saya belilah juga sayur ini. Mungkin sebab tidak sampai hati nak berlalu tinggalkan pak cik tu begitu saja.

Bila dah selesai masak, sebelum dihidang, saya cuba rasa sedikit..alamak seperti yang dijangka, memang kurang kena dengan selera saya 😦 tapi alhamdulillah my husband liked it.. ada juga orang nak habiskan 🙂

Daun ini dikatakan boleh melegakan gigitan/sengatan haiwan beracun atau berbisa. Menurut Buku ‘Sayuran: Khasiat Makanan & Ubatan’ yang ditulis oleh Ong Hean Chooi, Caranya ialah dengan menumbuk lumat daun petai belalang dan tampal pada tempat yang kena gigitan dan sengatan.

image

Kepada penggemar-penggemar daun petai bolehlah cuba resipi saya ini. Kalau tak suka cuba bagi pada suami anda, it worked for me. hehe…
SUP DAUN PETAI BELALANG
image

Bahan-bahan:
1) 1 ikat daun petai belalang, ambil daun saja.
2) 1 keping ikan tenggiri dibakar ditumbuk kasar
3) Lada hitam & 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
4) Cili padi merah & garam secukup rasa.

Panaskan air secukupnya dan masukkan semua bahan 1~4 dan biar di atas api sehingga masak.

Haa….dah ready!

Khasiat Thyme.

Thyme merupakan herba yang mampu untuk menyembuhkan sebilangan penyakit, InsyaAllah. Ia dikatakan dapat meningkat aliran air kencing, merawat senggugut dan simptom PMS. Thyme juga digunakan sebagai tonik yang sangat baik untuk stres, migrain, kemurungan dan masalah lain pada sistem saraf serta digunakan juga untuk merawat jangkitan pada usus dan paru-paru.

image

Teh herba thyme adalah minuman kesihatan yang popular. Thymol yang terdapat dalam thyme adalah antioksidan yang kuat yang boleh membantu meningkatkan lemak yang sihat dalam sel-sel otak. Berkumur dengan air suam thyme dan minum sedikit2 teh thyme boleh membantu melegakan batuk, sakit tekak dan gejala bronkitis. Teh thyme sering disyorkan oleh pengamal perubatan herba untuk menggalakkan penghadaman yang baik serta melegakan kembung dan senak perut. Ia juga boleh membantu melegakan kekejangan usus.
Pengambilan thyme dengan kuantiti yang banyak boleh menyebabkan kesan sampingan seperti gangguan fungsi tiroid dan juga keracunan. Simpton kurang serius adalah akan muntah, cirit birit dan pening.

Cara mengambil:
Rendam 2 tsp thyme ke dalam 1 cawan air panas (tutup cawan) selama 10 minit. Tapis dan minum 3 kali sehari selepas makan.

Herba boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan dan menyebabkan kesan sampingan. Dapatkan nasihat doktor jika bercadang untuk mengambil mana-mana herba untuk setiap hari atau untuk tempoh masa yang panjang, terutama jika anda sedang mengambil ubat atau sedang menjalani rawatan perubatan.

Ref:
HERBS The Healing Nature

Health Benefits of Thyme