Khasiat teh puerh

Walaupun terdapat pelbagai jenis teh seperti teh hijau, teh hitam, teh oolong dan teh puerh yang mempunyai komposisi kimia yang berbeza, namun semua teh ini datang dari pokok teh,  camellia sinensis. Teh Puerh terbaik dikatakan dihasilkan di daerah pergunungan terkenal di Yunnan. Apa yang unik tentang teh puerh ini adalah ia menggalakkan aktiviti mikrob yang dipercayai mempunyai manfaat perubatan, termasuk antikulat dan ciri-ciri anti radang.

image
Teh puerh ni dibeli lebih 12 tahun yang lalu.

image
Yang ini pula dibeli pada 6 tahun lepas.

image
Beli teh puerh ni pada tahun lepas.

Kajian terhadap teh puerh telah menunjukkan beberapa manfaat kesihatan seperti merendahkan paras kolesterol, tekanan darah dan gula darah, meningkatkan aliran dan peredaran darah, menenangkan saraf, mengurangkan tekanan stres, membantu menghalang pembentukan dan pertumbuhan sel-sel kanser, membantu pencernaan makanan, memecahkan dan mengurangkan lemak dalam sistem, membantu membuang toksin, menurun berat badan serta meningkatkan flora bakteria dalam usus. Dalam perubatan tradisional cina, teh puerh dipercayai boleh mencergaskan limpa, dan mengurangkan haba dalam perut.

Teh puerh dihasilkan dengan daun teh yang dipanaskan untuk memusnahkan enzim dan kemudian melalui proses penapaian. Aroma dan rasa teh puerh ini berbeza dari teh yang lain. Teh puerh biasanya di minum selepas beberapa tahun diproses, lebih lama lebih berharga nilainya.Teh puerh yang terbaik begitu sangat berharga dan boleh mencecah harga ribuan ringgit.

Teh puerh tiada tarikh luput sebab lagi lama disimpan lagi baik. Walaubagaimana pun teh puerh ini perlu dijaga dengan baik, kalau tidak ia akan rosak juga.

Kalau dah bosan dengan teh tarik boleh lah cuba teh puerh ni pulak 🙂

Sumber:

Pu-erh Tea


Health benefits of Pu erh Tea

Dll.

Kerapu asam purut

Untuk makan tengah hari ini saya masak ikan kerapu asam purut. Sebelum masak saya rendam ikan kerapu ini dengan 2 sudu besar tepung gandum supaya hilang bau hanyir. Masakan ini sebenarnya agak masam dan pedas sikit. Jadi boleh kurangkan  air perahan limau dan cili mengikut citarasa 🙂

Jom kita tengok resipi kerapu asam purut ni..

 

image

 

 

Bahan-bahan:

1)  3 ekor ikan kerapu
2)  3 cawan air
3)  3 batang serai diketuk
4)  7 helai daun limau purut
5)  15 biji cili padi diketuk
6)  2 biji limau nipis
7) Garam secukup rasa

Caranya:

1) Masak air hingga mendidih dan masukkan ikan kerapu, serai, daun limau purut dan cili padi.
2) Bila dah masak tutup api dan masukkan air perahan limau nipis dan garam secukup rasa

 

Tada.. 🙂  Dah pun siap untuk dimakan.

Mudahkan? Selamat mencuba

Khasiat Fennel Bulb

Sayur fennel bulb ini mengandungi phytoestrogens yang bermanfaat dalam mengurangkan gejala menopaus. Herbalists biasanya mengunakan sayur ini untuk merawat gangguan pencernaan, melegakan kekejangan usus, melegakan gas berlebihan dan sakit perut.

Merebus fennel bulb dan menyedut wap boleh memberi kelegaan untuk mereka yang menghidap asma dan bronchitis. Ia juga berkeupayaan menyekat selera makan.

image

Sayur fennel bulb ini diambil sebagai penyegar nafas, membantu penghadaman dan membantu mengeluarkan kahak dari paru-paru. Ia kaya nutrien, termasuk vitamin C, folat, kalsium, magnesium, fitonutrien dan antioksidan yang boleh membantu mengurangkan keradangan, meningkat sistem imum dan juga membantu mencegah kanser.

image

Sup fennel bulb

Selamat mencuba 😉