Shredded veggie soup

Semalam tiba-tiba rasa nak masak soup bila terpandang pada botol marmite 🙂 Saya fikir bagus juga kalau masak soup sayur masukkan marmite.Bagi saya marmite bukan saja menambah sedap soup tetapi ia juga menambahkan khasiat pada soup. Saya cuma masukkan 1 tsp marmite saja sebab tidak mahu soup ini terasa marmite.
Jom kita lihat bahan untuk membuat shredded veggie soup ini.

image

image

Menurut Bartram’s Encyclopedia of Herbal Medicine: Jus ubi kentang banyak khasiat, boleh melegakan gastrik, ulser pangkal usus dan kembung perut.
image

image

image

image

image

Bahan-bahan:

1) 2 batang carrot dan 2 biji ubi kentang disagat
2) 3 cawan air direbus bersama tulang ayam atau 4 ketul ayam selama 20 minit diatas api yang kecil
3) 3 tbsp butter
4) 1 kotak santan kara tanpa kolesterol
5) 2 tbsp tepung gandum di campur sedikit air
6) 1 tsp marmite
7) garam dan lada hitam secukup rasa

Caranya:
1) Ubi kentang yang telah disagat diperah air.
Air perahan ubi kentang jangan dibuang, kerana ia berkhasiat. Boleh minum kerana ia kaya dengan vitamin dan mineral.
2) Masukkan ubi kentang, carrot dan butter, masak atas api sehingga butter cair. kacau bagi sebati.
3) Masukkan air rebusan ayam dan masak atas api yang sederhana selama 10 minit. kacau hingga rata.
4) Masukkan tepung ke dalam santan, kacau hingga sebati dan tuang ke dalam adunan sayur. Kacau soup hingga rata.
5) Masukkan marmite yang telah dicampur dengan sedikit air ke dalam soup
6) Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Tutup api.

Sesuai di makan bersama roti bakar yang disapu sedikit butter atau ‘garlic spread’

Selamat mencuba 🙂

Sweet rice pudding

Petang semalam tiba-tiba saya rasa nak makan sweet rice puding. Resipi ini mengunakan beras pulut yang biasanya digunakan untuk membuat sushi. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan. 🙂

image

image

image

image

image

image

Panaskan air dalam periuk pengukus.

Bahan-Bahan:

1) 1/2 cawan beras pulut
2) 11/2 cawan air
3) 3 tbsp gula
4) Garam secukup rasa
5) 1 kotak kecil santan kara tanpa kolesterol
6) 2 biji pisang dipotong
7) segenggam kacang walnut di cincang kasar
8) 8 biji kurma merah dipotong kasar
9) 2 tbsp tepung pulut + 3 tbsp air, kacau hingga rata.

Caranya:
1) Masak beras pulut hingga mendidih dan kemudian kecilkan api. Bila dah 3/4 masak tutup api.
2) Masukkan gula, garam, santan dan kacau hingga rata
3) Masukkan pisang, kacang dan kurma merah dan gaul hingga rata
4) Akhir sekali masukkan air tepung pulut dan gaul hingga sebati
5) Masukkan adunan puding ke dalam mangkuk2 kecil dan kukus selama 15 ~ 20 minit.

Puding ini boleh dimakan begitu saja atau dengan sos custard.

Selamat mencuba resipi ini di tahun baru 😉

Fibroid

Adakah terdapat penawar untuk fibroid?

Fibroid adalah ketumbuhan yang terbentuk di dinding rahim, luar rahim atau di dalam rahim yang biasanya berlaku dikalangan wanita pada tahun reproduktif mereka dan mengecut selepas menopaus. Dalam kebanyakan kes, fibroid wujud dan membesar kerana hormon estrogen keluar berlebihan. Apabila terlalu banyak estrogen, sistem hormon menjadi tidak seimbang.

image
(Recommended book to read)

Berikut adalah remedi yang mungkin berkesan untuk mengurangkan ketidakselesaan ketumbuhan fibroid; ia juga mungkin mampu mengecutkan atau menghilangkan terus ketumbuhan fibroid tersebut.

1)  Minum lebih air bagi membantu buah pinggang dan pundi kencing mengalir keluar estrogen yang berlebihan
2)  Elakkan makan produk tenusu dan daging merah yang mengandungi hormon.
3)  Elakkan mengambil kafein ( soda, kopi, minuman kafein) kerana ia merangsang pengeluaran estrogen.
4)  Elakkan mengambil makanan segera kerana makanan segera merangsangkan pengeluaran estrogen berlebihan.
5)  Makan makanan bijirin, sayur-sayuran dan kekacang untuk memastikan keseimbangan hormon
6)  Mengambil vitamin C untuk  membantu mengekal keseimbangan hormon
7)  Tingkatkan pengambilan makanan tinggi kandungan serat
8)  Mengambil herba seperti milk thistle, dandelion dan yellow dock untuk mendetoksifikasi buah pinggang dan hati; hati bertanggungjawab membantu badan untuk menghapuskan estrogen berlebihan.
9)  Mengambil pelbagai enzim pencernaan beberapa kali sehari semasa perut kosong kerana ia telah dilaporkan sebagai sangat berkesan membuang tisu fibroid

Semoga informasi di atas dapat memberi manfaat 🙂

Sumber:

Natural treatments shrink and eliminate fibroid


Fibroid Tumor: Alternative medicine to avoid hysterectomies

Digestive enzymes are important for health and longevity