Herba dan rempah bukan sahaja menambah rasa pada makanan, tetapi boleh juga memberi manfaat kesihatan tambahan kerana herba dan rempah juga mengandungi ciri2 anti bakteria dan anti virus selain dari vitamin, mineral dan antioksidan.
Perubatan tradisional telah menggunakan herba dan rempah selama berabad-abad untuk merawat penyakit dan kini sains moden mula menyokong bahawa herba dan rempah mempunyai potensi untuk meningkat tahap kesihatan kita.
Jom baca tentang manfaat pokok gandarusa…
Gandarusa boleh ditanam dengan menggunakan keratan ranting.
Pokok ini tidak dimakan sebagai ulam atau di masukkan ke dalam masakan.
Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit.
Air rebusan akar/daun gandarusa diminum untuk melawas buang air kecil dan air besar, merawat arthritis, reumatisme, sakit sendi, sakit belakang, sakit kepala, merangsang peluh, batuk dan cirit.
Daun gandarusa ditumbuk lumat dan ditampal pada bisul, sengal2 pinggang dan penyakit kulit.
Untuk bengkak badan dan terseliuh, layurkan daun di atas api, kemudian balut pada tempat yang sakit atau letak pada pinggang untuk merawat sakit pinggang.
Gandarusa tidak sesuai digunakan sebagai ubat dalaman oleh wanita yang ingin atau sedang hamil.
Rujukan:
99 Herba oleh Che Aniha Che Isahak
Tanaman Hiasan, Khasiat Makanan dan Ubatan oleh Ong Hean Chooi.