Masakan Ayam Percik saya ni mudah je, tambahan pula bila dikukus. Saya kurang gemar percik ayam bakar terutama yang dijual di pasar malam. Saya akui percik ayam bakar memang sedap tapi tiap kali nak makan hati saya risau sikit. Bukan apa, burnt chicken is bad for health and can cause cancer, nauzubillah. Saya juga takut nak makan satay! Bukanlah tak makan langsung tapi jarang sekali.. πŸ™‚
Kalau boleh nak jauhi makanan-makanan yang boleh memudharatkan kesihatan tapi bila teringin tu kadang-kadang makan je, hehe..

kalau Allah tetapkan sakit, kita tetap akan sakit, ya tak? Tapi usaha jaga kesihatan tu wajibkan?

Jom tengok resipi percik ni..

image

image

Bahan-bahan:
1) 1 ekor ayam kampung
2) 1 1/2″ halia
3) 6 ulas bawang merah
4) 3/4 tsp serbuk jintan manis
5) 3/4 tsp serbuk jintan putih
6) 1tsp halba dan garam secukup rasa
Bahan 2~6 ditumbuk

Untuk kuah:
1) 1 batang serai dihiris
2) 6 ulas bawang merah
3) 1/2″ halia
4) 3/4 tbsp serbuk cili kering / terpulang
5) Gula molasses dan garam secukup rasa
6) 1/2 kotak kecil santan kara atau 1/2 cawan santan pekat. kalau nak rasa lebih lemak kena tambah santan.
7) Tepung jagung untuk pekatkan kuah
8) 2 keping asam gelugur.
Bahan 1~4 dikisar

Cara:

1) Masukkan secukup air dalam periuk pengukus, jangan terlalu banyak kerana air ini akan digunakan untuk masak kuah percik nanti. Untuk masak kuah nanti perlu 1 cawan air ini.
2) Bahan yang ditumbuk dilumurkan pada ayam dan perap selama 1 jam.
3) Kukus ayam selama 20~30 minit atau sehingga masak.

Untuk kuah
1) Masukkan 1 cawan air kukus ayam kedalam periuk dan masukkan bahan yang dikisar.
2) Bila dah mendidih, masukkan santan dan kacau hingga masak. Masukkan asam gelugur, gula dan garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dicampurkan dengan sedikit air. Kacau hingga pekat dan masak.

Sebelum hidang tuangkan kuah keatas ayam dan selamat menjamu selera..Β  πŸ˜‰

8 thoughts on “Percik Ayam Kukus

  1. Betul Zanita, dari makanan lah penyakit tu bermula.

    Saya kenal sorang kawan Kelantan, yang handal buat Ayam Percik, tapi sampai sekarang saya tak pernah lagi cuba. Hahahaha… dah tahu tak reti tapi tak cuba cuba pun.

      1. Nama blog ni ada sentimental value la ni..hehehe. Al Fatihah pada arwah Pak Ramli… Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah dan segala kebaikan yang semua orang dapat dari blog ni akan tercurah la pahala yang besar ke atas arwah Pak Ramli, Aamiin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s