Hello 2015

Assalamualaikum

Tahun baru kini datang lagi..
2014 hanya tinggal kenangan dan pengajaran untuk kita meneruskan kehidupan…

Rakyat Malaysia diuji dengan bencana banjir yang luar biasa, namun masih gagah menghadapi ujian mencabar ini. Takdir Allah, tiada siapa yang dapat meramalkan. Sebagai hamba kita redha dan pasrah di atas segala ketentuanNya..

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat:
155: Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

156: (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan “Innaalillahi wa innaa ilaihi raaji’uun”

Jelas sekali, Allah SWT telah menentukan setiap manusia itu pasti diuji, namun setiap ujian diberi ganjaran bagi mereka yang sabar.

Semoga di tahun baru ini, Allah SWT mengurniakan kepada kita semua kebahagiaan, keberkatan dan rahmatNya..

Salam sayang buat semua…

image

Jeruk Mangga Cuka Beras Perang

Assalamualaikum

Baru-baru ini, jeruk mangga asam boi menjadi begitu popular dikalangan warga FB dan ramai menyatakan jeruk mangga itu sedap. Saya pun telah membuatnya dan rasanya memang sedap. Anak saya suka jeruk mangga asam boi dan apabila telah habis, saya rasa dia nak saya buatkan lagi hehehe….
Saya kurang gemar masukkan banyak asam boi dalam makanan kerana kebanyakan asam boi yang dijual di kedai dan supermarket mengandungi saccharin dan bahan pengawet.

Beberapa hari yang lepas, saya buat jeruk mangga tetapi menggunakan cuka beras perang menggantikan asam boi. Kenapa saya guna cuka beras perang? Cuka beras perang menambah rasa kepada makanan dan mengandungi banyak asid amino yang boleh meningkatkan kesihatan badan kerana asid amino membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan.

Bagi saya jeruk mangga ini sedap dan hari ini sekali lagi saya buat jeruk mangga…

image

image

Bahan-bahan:

1) 1 kg mangga. Hiris sederhana besar
2) 2 1/2 ~3 sudu teh garam himalaya
3) 1 sudu besar gula pasir organik
4) 5 sudu besar cuka beras perang organik
5) 15 biji cili padi dihiris kasar

Cara:

1) Gaul semua bahan sehingga rata dan sebati.
2) Biarkan di suhu bilik selama 4~5 jam. Sekali sekala gaul jeruk mangga dengan senduk supaya rata.
3) Masukkan ke dalam balang/botol kaca.
4) Kemudian simpan dlm peti sejuk
Seperti jeruk mangga asam boi, jeruk mangga ini perlu di biarkan selama 4~5 hari barulah rasa jeruk sebati dan sedap dimakan.

Mangga yang digunakan dalam resipi ini adalah mangga mekal manis. Bagi saya jeruk ini sedap jika pedas sedikit.
Sekiranya anda gunakan buah mangga yang masam, mungkin perlu tambah gula dan kurangkan sedikit cuka beras perang.

Rendang Daging & Paru

Assalamualaikum.
Agak lama juga saya tidak kongsi menu masakan di sini. Kebelakangan ini saya agak sibuk sehingga tidak sempat untuk saya merakam gambar setiap masakan yang dimasak. 🙂

Hari ini saya share satu masakan rendang kesukaan keluarga saya..
Selain sedap dimakan dengan nasi, rendang ini sangat sesuai digandingkan dengan ketupat pulut atau pulut kuning.

Jom cuba!
image

Bahan-bahan:

1) 1 kilo daging dipotong kiub kecil
2) 1 kilo paru/kelampung dipotong 4 ketul, rebus selama 20 minit sehingga lembut dan dipotong kiub kecil
3) 500g santan segar daripada 2 biji kelapa
4) 50g kerisik
5) 2 helai daun kunyit, buang batang keras dan hiris daun nipis
6) 4 helai daun limau purut, buang urat daun dan hiris nipis
7) 1 sudu makan gula melaka/kabung
8) Garam secukup rasa

Bahan: kisar Lumat

1) 35 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas selama 5 minit
2) 5 biji cili padi
3) 350g bawang merah
4) 5sm halia muda
5) 2.5sm lengkuas
6) 6 batang serai
7) 1 sudu teh serbuk kunyit
8) 1 cawan air

Cara:

1) Masukkan daging, paru, santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih
2) Kecilkan api dan masak sehingga kuah pekat. Kacau sekali sekala
3) Masukkan kerisik dan kacau selalu sehingga kuah kelihatan sangat pekat, berminyak dan daging serta paru lembut
4) Akhir sekali masukkan gula, garam, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau sehingga rata dan padam api.

—————————————————————-

English version, as requested by some readers.

BEEF & LUNG RENDANG
Ingredients:

1) 1 kg beef, cut into small cubes
2) 1 kg Cow’s lungs, cut lungs into 4 chunks and boil for 20 minutes until slightly soft, then cut into small cubes
3) 500g coconut milk from 2 coconuts
4) 50g kerisik ( grated coconut, pan-fried without oil over low heat until brown and pounded/bleanded to a fine paste )
5) 2 turmeric leaves, finely sliced
6) 4 kaffir keaves, finely sliced
7) 1 tablespoon molasses sugar/brown sugar
8) Salt

Ingredients to be ground:

1) 35 dried chillies, seeded and soak in hot water for 5 minutes
2) 5 bird’s eye chillies
3) 350g shallots, peeled
4) 5cm young ginger
5) 2.5cm galangal
6) 6 stalks lemongrass
7) 1 teaspoon turmeric powder
8) 1 cup water

Method:

1) Into a wok, put beef, lungs and ground ingredients. Stir in coconut milk and bring to a boil.
2) Reduce heat and simmer, stirring occasionally until gravy is thick
3) Add kerisik and stir continously until gravy is very thick and oily and meat tender
3) Lastly, add sliced leaves, sugar and salt to taste. Remove from heat

Yummy!