Assalamualaikum
Tahun baru kini datang lagi..
2014 hanya tinggal kenangan dan pengajaran untuk kita meneruskan kehidupan…
Rakyat Malaysia diuji dengan bencana banjir yang luar biasa, namun masih gagah menghadapi ujian mencabar ini. Takdir Allah, tiada siapa yang dapat meramalkan. Sebagai hamba kita redha dan pasrah di atas segala ketentuanNya..
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat:
155: Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
156: (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan “Innaalillahi wa innaa ilaihi raaji’uun”
Jelas sekali, Allah SWT telah menentukan setiap manusia itu pasti diuji, namun setiap ujian diberi ganjaran bagi mereka yang sabar.
Semoga di tahun baru ini, Allah SWT mengurniakan kepada kita semua kebahagiaan, keberkatan dan rahmatNya..
Salam sayang buat semua…
Selamat tahun baru 2015 buat Zanita & family… marilah kita mulakan dengan memanjat seribu kesyukuran ke atas setiap nikmat yang Allah berikan. Moga segala urusan 2015 berjalan lancar.
Selamat tahun baru pada Amie dan keluarga..
Alhamdulillah semoga kita sama2 sentiasa bersyukur diatas kurniaan nikmat dari Allah SWT..
May Allah bless you and your family sister ❤
Thank you Sumaira Zaheer. May Almighty Allah shower on you and your family his Rahmah, Barakah and many more…
Ameen ❤ Jazaki Allahu khairan sister!