Lesu Ketika Haid

Assalamualaikum

Rasa lesu ketika haid adalah sebahagian daripada tindak balas normal, badan terhadap perubahan-perubahan yang berlaku disebabkan oleh perubahan dalam tahap hormon tertentu (estrogen, progesteron) dan neurotransmitter (serotonin, beta-endorfin dll.). Walaupun tidak semua wanita akan mengalaminya tapi bagi mereka yang menghadapi boleh mengakibatkan keletihan mental dan fizikal selama beberapa hari dalam sebulan sehingga tahap hormon meningkat kembali.

Senaman ringan, minum banyak air dan mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks (buah-buahan, sayuran dll.) akan membantu mengurangkan keletihan yang berlebihan, meningkat metabolisme dan mood anda semasa haid

Sekiranya keletihan berpanjangan, terdapat mungkin adalah sebab yang lain seperti mengalami anemia atau masalah tiroid dan untuk itu perlu berjumpa doktor untuk mendapat diagnosis yang tepat.

Jom kita baca petua yang saya ambil dari akhbar Berita Harian untuk elakkan kelesuan ketika haid

image

Asam Pedas Ikan Jenahak & Daun Limau Purut

Assalamualaikum

Hari ini, saya ingin berkongsi sekali lagi masakan asam pedas. Dulu saya pernah share resipi asam pedas & daun limau purut, namun ada kelainan sedikit dalam masakan hari ini yang mana diantaranya tidak dimasukkan kerisik.

Ok jom kita lihat resipi..

image

Bahan-bahan:

1) 2 keping ikan jenahak
2) 2 sudu teh serbuk ketumbar
3) 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
4) 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
5) 1/2 sudu teh serbuk kunyit
6) 1 sudu besar serbuk ikan bilis
7) 1 1/2 cawan air & 1 sudu besar asam jawa, diramas dan tapis
8) 5 helai daun limau purut dibuang urat daun dan dihiris
9) Minyak untuk menumis

Bahan kisar:

1) 50g bawang besar
2) 20 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas sekejap. Toskan
3) 4cm halia
4) 1 cawan air

Cara:

1) Satukan bahan kisar, serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit dan serbuk ikan bilis. Kacau sebati
2) Panaskan minyak ke dalam kuali dan tumis campuran bahan kisar sehingga terbit minyak
3) Masukkan air asam jawa dan masak sehingga mendidih
4) Masukkan ikan jenahak dan setelah mendidih kecilkan api. Masukkan daun limau purut
5) Masak selama 10 minit.

Rendang Terlagi Lagi

Assalamualaikum

Rendang terlagi lagi ini popular di Negeri Perak.
Kenapa agaknya masakan ini dipanggil rendang terlagi lagi? Adakah kerana bila dah rasa sekali, pasti akan nak lagi dan nak lagi?
Pada pandangan saya mungkin juga, sebab rendang terlagi lagi ini memang sedap, terutama bila dimakan dengan ketupat atau pulut lemang…

image

Bahan-bahan:

1) 450g daging
2) 3 sudu besar kicap
3) 2 batang serai diketuk
4) 1 cawan santan pekat segar/ 1/2 kotak kecil santan kara
5) 1 sudu besar asam jawa diramas dengan 5 sudu besar air
6) 1 sudu besar kerisik
7) Garam secukup rasa

Bahan kisar:

1) 200g bawang merah
2) 4 ulas bawang putih
3) 15 tangkai cili kering dibuang biji dan rendam air panas sekejap
4) 4cm halia
5) 1 batang serai
Semua bahan dikisar sehingga lumat

Cara:

1) Panaskan minyak dalam kuali. Goreng daging selama 10 minit di atas api yang sederhana
2) Toskan daging dan terus tumbuk daging dengan lesung perlahan-lahan
3) Gaul daging dengan kicap dan perap selama 1 jam
4) Panaskan semula minyak bekas goreng daging dan tumis bahan kisar sehingga mendidih
5) Kecilkan api dan masak bahan kisar sehingga terbit minyak
6) Masukkan daging, gula melaka, santan, serai yang diketuk, air asam jawa dan kerisik
7) Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan masak rendang sehingga kuah hampir pekat

Selamat mencuba