Dehidrasi

Air adalah pilihan yang sihat bagi menghilangkan dahaga dan tubuh kita memerlukan air untuk berfungsi dengan betul dan untuk mengelakkan dehidrasi. Kita memerlukan air supaya darah boleh membawa nutrien keseluruh badan dan menyingkirkan toksin. Jadi berapa banyakkah kita perlu minum dan bagaimanakah untuk mengesan tanda-tanda dehidrasi? Sebenarnya jumlah yang perlu diminum bagi setiap individu untuk mengelakkan dihidrasi adalah berbeza, bergantung pada pelbagai faktor, termasuk saiz dan suhu badan serta seberapa aktif seseorang itu.

Apabila badan tidak mempunyai air yang mencukupi, kita dikatakan menghadapi dehidrasi dan salah satu tanda awal ialah rasa dahaga dan selain itu, air kencing berwarna gelap, tidak membuang air kecil dengan banyak. Dehidrasi juga boleh menyebabkan seseorang itu kekurangan tenaga dan sakit kepala.

Walaupun kita mungkin tidak memerlukan 8 gelas air sehari tetapi terdapat banyak sebab untuk minum air dengan mencukupi bagi menggantikan air yang kurang, yang sering berlaku secara berterusan daripada badan seperti buang air kecil, berpeluh dan lain-lain untuk kepentingan kesihatan.

Sebab-sebab perlu minum air yang mencukupi:
1) Minum air membantu penghadaman, penyerapan, penyelenggaraan suhu badan dan pengangkutan nutrien.
2) Air boleh bantu kawal kalori
3) Air membantu kembalikan tenaga otot. Disyorkan minum air sebelum bersenam bagi menggantikan cecair yang hilang disebabkan oleh kita berpeluh.
4) Buah pinggang memerlukan air yang mencukupi bagi melakukan kerja membersih dan menyahkan toksik dari badan.
5) Air membantu mengekalkan fungsi usus, membantu pencernaan dan mencegah sembelit.

Dehidrasi membuat kulit menjadi kering dan berkedut dan ini boleh dielakkan dengan penghidratan yang betul. Hmm… kalau begitu, nampaknya perlulah minum air yang mencukupi bagi kelihatan awet muda. 😀

Link:

Why drink more water

Makanan apakah yang membuat anak menjadi bijak?

Pemakanan yang sihat memainkan peranan yang sangat penting dalam menyediakan anak-anak, untuk membantu mereka berjaya di sekolah. Dengan memberi makanan yang betul, ia boleh meningkatkan pembelajaran, pemahaman, IQ, memori, memikir dengan jelas, mood dan emosi lebih stabil serta menajamkan ingatan mereka. Kualiti makanan boleh mempengaruhi tingkah laku, tenaga dan prestasi akademik.

image

image

Tetapi makanan apakah yang sebenarnya dianggap sebagai makanan otak? Banyak makanan boleh melindungi otak dan boleh menjana sel-sel otak yang baru, kerana sel-sel ini memerlukan nutrien untuk meneruskan pertumbuhan dan berfungsi dengan baik.

Antara makanan yang boleh menguatkan fungsi otak dan menggalakkan kesihatan otak:

1) Omega3: ~ Majoriti struktur sel di dalam otak terdiri dari lemak yang sihat dan otak memerlukannya dengan jumlah yang mencukupi.
Sumber omega 3: Salmon, Tuna, Minyak Flaks, Telur, Kacang Walnut

2) Antioksidan: ~ Melindungi otak dari radikal bebas
Sumber: Blueberries (& berbagai berries), Brokoli, Anggur, Bayam, Bijirin, Avacado, pisang dan buah kiwi

3) Air: ~ Kekurangan air boleh mengurangkan tenaga dan kapasiti mental, menyebabkan memori menjadi terjejas.

4) Vitamin & Mineral: ~ Kekurangan boleh menyebabkan kemerosotan pembelajaran. Banyak nutrien terbaik boleh di dapati dari makanan tapi cara yang mudah untuk mendapatkan vitamin dan mineral setiap hari ialah dengan mengambil pil multi vitamin & mineral bersama makanan. Ia dapat membantu sistem penghadaman dan mengasimilasikan dengan lebih baik, membuat badan dan otak dapat menggunakannya dengan lebih berkesan.

5) Serat: ~ Boleh membantu otak kerana ia melambatkan penyerapan gula. Otak berfungsi 100% pada gula namun ia memerlukan jumlah yang betul supaya ia tidak membebankan otak. Makanan yang kaya dengan serat melambatkan penghadaman dan melepaskan gula secara berangsur-angsur.
Sumber: Buah-buahan segar dan kering, Sayur-sayuran, Oats, Wheat germ, Kacang dan benih yang cambah.

Membantu anak-anak membuat pilihan pada gaya hidup yang sihat, mewujudkan persekitaran dalaman yang optimum adalah satu bahagian penting dalam pendidikan dan kesejahteraan mereka…..

“Nutrition Makes a Difference”

Bacaan tambahan:

Brain foods for your child.