Air adalah pilihan yang sihat bagi menghilangkan dahaga dan tubuh kita memerlukan air untuk berfungsi dengan betul dan untuk mengelakkan dehidrasi. Kita memerlukan air supaya darah boleh membawa nutrien keseluruh badan dan menyingkirkan toksin. Jadi berapa banyakkah kita perlu minum dan bagaimanakah untuk mengesan tanda-tanda dehidrasi? Sebenarnya jumlah yang perlu diminum bagi setiap individu untuk mengelakkan dihidrasi adalah berbeza, bergantung pada pelbagai faktor, termasuk saiz dan suhu badan serta seberapa aktif seseorang itu.
Apabila badan tidak mempunyai air yang mencukupi, kita dikatakan menghadapi dehidrasi dan salah satu tanda awal ialah rasa dahaga dan selain itu, air kencing berwarna gelap, tidak membuang air kecil dengan banyak. Dehidrasi juga boleh menyebabkan seseorang itu kekurangan tenaga dan sakit kepala.
Walaupun kita mungkin tidak memerlukan 8 gelas air sehari tetapi terdapat banyak sebab untuk minum air dengan mencukupi bagi menggantikan air yang kurang, yang sering berlaku secara berterusan daripada badan seperti buang air kecil, berpeluh dan lain-lain untuk kepentingan kesihatan.
Sebab-sebab perlu minum air yang mencukupi:
1) Minum air membantu penghadaman, penyerapan, penyelenggaraan suhu badan dan pengangkutan nutrien.
2) Air boleh bantu kawal kalori
3) Air membantu kembalikan tenaga otot. Disyorkan minum air sebelum bersenam bagi menggantikan cecair yang hilang disebabkan oleh kita berpeluh.
4) Buah pinggang memerlukan air yang mencukupi bagi melakukan kerja membersih dan menyahkan toksik dari badan.
5) Air membantu mengekalkan fungsi usus, membantu pencernaan dan mencegah sembelit.
Dehidrasi membuat kulit menjadi kering dan berkedut dan ini boleh dielakkan dengan penghidratan yang betul. Hmm… kalau begitu, nampaknya perlulah minum air yang mencukupi bagi kelihatan awet muda. 😀
Link:
Beberapa bulan lepas telah berjaya rajinkan diri untuk minum air tu pun setakat 2 liter 1 hari hehe tapi sekarang pencapaian dah makin merosot huhu
Bukan senang nak minum air 2L sehari kalau tak rasa dahaga kan? sebaik2 nya jangan minum banyak air selepas je makan atau mengambil water soluble viamins…