Monkey head Mushroom

Semalam semasa di pasar tani, ketika saya sedang melihat sayur-sayur, tiba-tiba saya ternampak cendawan Monkey Head /Kepala Monyet yang dikenali juga sebagai Yamabushitake Mushroom atau Lion’s Mane Mushroom. Saya begitu excited kerana bukan senang nak jumpa cendawan segar ini. Cendawan ini tidaklah mahal sangat, RM 20 per kg.

Anyway, jom kita baca apa kelebihan cendawan ini….
Ramai mengambil cendawan sebagai makanan tambahan untuk kesihatan umum. Kita tahu bahawa cendawan mengandungi sebatian aktif anti kanser, anti hipertensi, anti diabetik dan lain-lain ciri terapeutik. Begitu jugalah dengan cendawan kepala monyet ini. Ia juga mempunyai banyak ciri-ciri perubatan…
Selain daripada anti-penuaan, ekstrak cendawan ini dikatakan mempunyai beberapa kesan yang baik terhadap fungsi otak. Dalam perubatan herba, cendawan ini dikatakan boleh mengurangkan kerosakan saraf dan sistem saraf. Anyway, sebelum beli sebarang produk cendawan ini bincanglah atau dapatkan nasihat doktor atau pakar herba…

image

image

image

image

Rasa cendawan ini lebih kurang macam cendawan yang lain. Bagi saya tidaklah sedap sangat kalau nak dibandingkan dengan cendawan eryngii. Cendawan ini sedap dimasak sup tapi oleh kerana saya dah pun masak tomyam, jadi saya goreng je cendawan ini. 🙂

Dikatakan ada juga orang yang mengambil cendawan ini mengalami asma dan alahan. Jadi jika anda terdedah kepada alahan cendawan – berhati-hatilah ya..

Yamabushitake Medicinal Mushroom For Anti-Aging
.
Lion’s Mane
.
Lion’s Mane Mushroom For Nerve Damage

.
Monkey Head Mushroom

Perilla

Perilla adalah tumbuhan herba yang banyak terdapat di Korea, Jepun, India dan Nepal. Baunya agak wangi dan rasanya sedikit pedas. Daun perilla ini dimakan mentah atau dicelur.

Orang Korea akan meramas daun ini dan memasukkan ke dalam hidung bagi merawat sakit kepala dan menghilangkan keletihan.

Daun ini kaya dengan nutrients, vitamins dan omega 3 fatty acids, khususnya alpha-linolenic acid dan juga mempunyai ciri-ciri anti radang.

image

image

Menurut The Medical Details of Herbal Plants; daun perilla membantu menghilangkan bau, membantu aliran tenaga dan menguatkan limpa serta perut. Ia juga boleh melegakan batuk berkahak, meningkatkan buang air kecil dan menyahkan toksik keracunan ikan.

Menurut Penyelidikan di Korea, daun perilla didapati mengandungi bahan-bahan aktif yang boleh menghapuskan dari badan sodium nitrite, yang lazimnya terhasil dari memakan daging yang diawet. Daun perilla juga kaya dengan vitamin A & C dan klorofil yang boleh memberi perlindungan terhadap kanser dan menghalang terhadap pembentukan dan pertumbuhan tumor. Serat yang terkandung dalam daun perilla membantu meningkat proses penghadaman dan membantu badan menyahkan sisa toksik. Daun perilla ini juga sarat dengan flavonoid yang dikenali sebagai anti kedut dan anti penuaan.

Bagaimana? Adakah anda bersedia untuk mencuba perilla? 🙂

Korean Perilla