Khasiat Buah Pelaga

Buah pelaga mempunyai rasa yang unik dan khasiat antioksidan yang tinggi. Selain digunakan untuk masakan, dimanfaatkan juga untuk kesihatan bagi merawat pelbagai penyakit jangkitan, radang dan juga sistem penghadaman. Buah pelaga dikatakan berupaya menghapuskan bakteria dan disamping itu boleh juga merangsangkan selera makan dan melegakan keasidan dalam perut. Ia juga sangat mujarab bagi merawat bronkitis, batuk, demam dan sakit perut. Kunyah buah pelaga dapat menyegarkan bau mulut dan nafas.

image

Di negara Arab, mereka ini gemar masukkan buah pelaga di dalam minuman teh begitu juga dengan kaum india, sering masukkan buah pelaga di dalam minuman dan makanan yang mengandungi susu. Beberapa pengamal ayureveda menggunakan buah pelaga untuk merawat jangkitan saluran kencing.

image
Sekiranya nak lebih kuat aroma dan rasa buah pelaga, ketuk2 buah pelaga dan rendam selama 10 ke 15 minit ke dalam air panas dan pastikan cawan ditutup. Kalau suka boleh maniskan dengan madu.

Sebenarnya banyak herba yang terdapat di dalam kabinet dapur kita, boleh memberi kebaikan kepada kesihatan badan, cuma kita perlu tahu bagaimana nak manfaatkannya.
Apa pun bila nak mencuba, mulalah dengan kuantiti yang sedikit. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, sesuatu yang sesuai dengan kita belum tentu sesuai dengan orang lain dan begitu juga sebaliknya.

Khasiat kunyit.

Ramai wanita selepas bersalin mengambil kunyit segar atau jus kunyit ketika dalam pantang.

image

image

(Kunyit dalam bentuk kapsul mudah ditelan dan bahan aktif curcumin lebih tinggi daripada kunyit segar)

Curcumin, pigmen yang memberi warna kuning-oren pada kunyit adalah antioksidan yang sangat berkesan untuk kesihatan. Penawar bagi anti-radang dan keradangan kronik termasuk kencing manis, arthritis dan penyakit jantung, katarak, regenerasi otot, keradangan usus dan alzheimer. Ia juga anti-bakteria dan anti-viral. Curcumin juga dikatakan boleh menghalang dan merawat berbagai penyakit kanser. Ia juga mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang sangat berguna untuk mengawal infeksi pada luka di kulit. Mujarab untuk luka didalam badan terutama bagi wanita yang baru lepas bersalin.
image
( Buku ini sebahagian dari sumber rujukan)

Manfaat kesihatan yang lain termasuk meningkatkan penghadaman, detoksifikasi dan fungsi hati yang sihat dan membersih darah.

Saya pernah juga mendengar sesetengah orang tua tidak menggalakan pengambilan kunyit secara berterusan kerana dibimbangi boleh menyebabkan putus haid (menopause) lebih awal. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran itu. Sehingga kini saya belum temui dalam pembacaan saya yang menyokong pandangan tersebut, wallahu’alam.

Walaubagaimanapun, saya juga difahamkan adalah lebih baik untuk tidak mengambil satu2 herba itu berterusan lama. Berhenti untuk satu jangka waktu dan kemudian mengambilnya semula, begitu juga dengan supplement seperti vitamin dll adalah lebih berkesan pada kesihatan tubuh badan.

Curcumin health

The best of a truly amazing food