Kubis Bunga Ungu

WARNA UNGU DARI PIGMEN YANG DIPANGGIL ANTHOCYANIN, DIKATAKAN BOLEH MEMBANTU MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG DENGAN MELAMBATKAN PEMBEKUAN DARAH.

Kubis bunga ungu bertukar warna hijau apabila dimasak.
image

SUP KUBIS BUNGA UNGU
image

Bahan-bahan:
1) 1 biji kubis bunga ungu dihiris tidak terlalu nipis
2) 1 labu bawang besar dihiris nipis dan dicincang kecil
3) 1 litre air
4) 1 oz mentega
5) 1 kotak kecil santan kara
6) 2-3 tbsp(penuh) tepung gandum dicampur dengan sedikit air dan kacau sehingga rata.
7) Serbuk kasar lada hitam dan garam.

Caranya:
1) Bila 1 litre air dah mendidih masukkan bawang besar dan kubis bunga ungu dan kecilkan api. Bila kubis bunga hampir nak lembut masukkan mentega.
2) Kemudian masukkan santan dan bila santan dah nak hampir mendidih baru masukkan tepung gandum dan kacau sehingga masak.
3) Akhir sekali masukkan serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa.

Sup kubis bunga ungu ini sesuai dihidang untuk sarapan.

Sedap juga dimakan dengan roti bakar yang disapu dengan butter 🙂

Selamat mencuba.

Herba Tarragon

Tarragon, yang dikenali sebagai “raja herba” di Perancis, digunakan secara meluas untuk perisa terutamanya dalam masakan Mediterranean. Ia tumbuhan aromatik yang kaya dengan fitonutrien dan antioksidan.

Herba tarragon telah digunakan juga sebagai ubat tradisional untuk merangsang selera makan dan mengurangkan gejala anorexic. Ia juga digunakan untuk merawat arthritis, kembung perut, gout, insomnia, loya, rheumatism, pencernaan dan membantu mengurangkan sakit gigi dan gusi (kunyah beberapa helai daun segar tarragon dan pesnya diletakkan dibahagian gigi yang sakit. Ini akan memberi rasa kebas pada gigi yang sakit)

image

Tarragon segar mempunyai rasa yang sangat kuat dan biasanya sedikit saja tarragon dimasukkan pada saat akhir dalam masakan untuk mengekalkan rasa.

Teh Terragon:
1 1/2 tsp daun kering terragon direndam dalam 1 3/4 cawan air panas selama 40 minit (tutup cawan), tapis dan minum semasa masih suam dan sejam sebelum masuk tidur. Teh tarragon dikatakan dapat membantu merawat insomnia.

Kalau ada masalah nafas berbau, kunyah daun terragon boleh menyegarkan nafas.. 🙂

Sumber:
1) The Desktop Guide to Herbal Medicine
2) Heinerman’s Encyclopedia of Healing Herbs & Spices

Khasiat Buah Naga

Buah naga pada asalnya dikenali sebagai pitaya, mempunyai manfaat kesihatan yang luar biasa. Ia boleh meningkatkan daya ingatan dan kadar metabolisme badan. Buah ini secara semulajadi berkeupayaan mengawal tekanan darah dan menurunkan paras gula dalam darah.

Buah naga kaya dengan antioksidan, vitamin, zat galian dan dengan itu ia membantu meningkatkan sistem imun, mengekalkan kesihatan jantung dan kulit. Buah ini juga baik untuk asma dan kesihatan mata. Kajian menunjukkan buah naga merah sangat baik untuk sistem peredaran darah, juga memberi kesan mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.

image

Buah naga bukan sahaja sedap dimasukkan ke dalam salad buah-buahan, ia juga boleh dibuat minuman yang menyegarkan.

Dragon Fruit Benefits