Rhubarb

Buah-buahan dan sayuran merah mengandungi beberapa antioksidan seperti lycopene dan anthocyanin. Sebatian-sebatian ini dapat membantu meningkatkan kesihatan jantung dan sistem imun pada tubuh badan. Penyelidik telah mendapati Rhubarb mengandungi bahan kimia polifenol yang boleh membantu memusnahkan sel-sel kanser. Ia juga kaya lutein, sebatian yang memberi banyak manfaat pada kesihatan kulit dan mata. Disamping itu ia juga mengandungi anthraquinones yang mempunyai sifat julap semulajadi.

Rhubarb dikatakan membantu metabolisma lemak. Ia digunakan untuk merawat buasir, darah beku, sembelit dan kolesterol tinggi.

Namun begitu rhubarb juga mengandungi oxalates yang boleh meningkatkan risiko batu karang.

Elak mengambil rhubarb jika menghidap gout dan batu karang. Begitu juga semasa mengandung, menyusu dan sewaktu haid.

image
Masakan Rhubarb & Cendawan.
image

Rhubarb biasanya dimakan masak. Walaubagaimanapun ia boleh juga dimakan mentah. Sedap dibuat sos dan jem.

Ruj:

The Desktop Guide to Herbal Medicine.

Heinerman’s Encyclopedia of Healing Herbs & Spices

Dll.

Radicchio

Semasa saya berada di Korea selama 10 hari, hampir setiap hari saya makan radicchio. Walaupun berbagai jenis salad dihidang tapi radicchio juga pilihan saya.. Bukanlah sedap sangatpun… πŸ™‚ rasanya yang sedikit pahit tapi ia kaya dengan antioksidan dan serat. Radicchio juga mengandungi bahan yang dipanggil inulin yang boleh membantu mengawal paras gula dalam darah.

Susah juga nak jumpa radicchio sebab kebanyakkan supermarket tak jual. Saya beli radicchio ini dipasaraya dekat Bangsar Village. Saya dapati bila ia dibuat salad campur dengan bahan-bahan lain, sedaplah juga dan Β bila saya masak dengan cili jeruk jadi lagilah sedap, hehe…

Jom lah cuba resipi radicchio & cili jeruk.

image
SALAD RADICCHIO
image

RADICCHIO & CILI JERUK, my daughter’s favourite!
image

Bahan:
1) 8 biji cili jeruk dihiris :
2) 4-5 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
3) Ikan masin kurau dihiris kecil, kuantiti terpulang pada anda
4) Radicchio dihiris, kuantiti terpulang pada anda.

Caranya:
1) Tumis bawang putih dan ikan masin hingga kekuningan.
2) Masukkan cili jeruk potong dan kacau rata.
3) Dah masak, akhir sekali baru masukkan radicchio dan kacau rata.

Okay, have a try. πŸ™‚

Limau Kasturi

Siapa sangka buah yang sekecil limau kasturi ini mempunyai khasiat yang lebih banyak daripada sebiji epal hijau iaitu antara buah-buahan yang mempunyai kadar antioksidan terbaik.

Perahan jus limau kasturi bukan saja mampu menambahkan keenakan rasa pada sesetengah masakan dan minuman. Malah jus limau kasturi apabila dicampur dengan air dan madu diminum boleh merawat batuk, demam panas, keletihan, selsema dan sakit kerongkong. Selain dari itu minum jus dari 3 biji buah limau kasturi tanpa dicampur air sebelum sarapan selama 3 hari berturut-turut dikatakan berkesan bagi menurunkan tekanan darah tinggi.

Jus limau kasturi mengandungi Floretin-G yang amat baik untuk kesihatan badan. Ia juga mengandungi vitexsin, yang menjadi salah satu bahan untuk merawat dan mencegah penyakit darah tinggi dan jantung.

image

Selain Floretin-G,limau kasturi juga mempunyai asid ferulik iaitu bahan antioksidan semulajadi untuk menambah baik kesihatan sistem tubuh manusia selain dapat mengurangkan kedutan pada kulit.

Hmm..rasanya yang masam tapi mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. πŸ™‚

Rujukan:
Berita Harian 1 Jun 2013
Ong Hean Chooi: Rempah-ratus, khasiat makanan & ubatan.