Ayam Goreng Daun Kunyit & Daun Limau Purut

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak share resipi ayam goreng yang sedap! Tak ada lauk lain pun tak apa, makan dengan nasi panas-panas memang berselera sekali 😀
Selamat mencuba

image

Bahan-bahan:

1 ekor ayam kampung dipotong kecil dan buang kulit. Gaul garam kunyit.
6 inci lengkuas dihiris nipis
20 keping daun limau purut di mayang/hiris nipis
3 helai daun kunyit, buang urat tengah daun dan hiris nipis
7 ulas bawang putih dihiris nipis
Cili padi dihiris nipis
2 sudu besar minyak sapi
1/2 cawan minyak
Minyak yang banyak untuk goreng ayam

Cara:

1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga hampir garing. Toskan
2. Panaskan 1/2 cawan minyak dan minyak sapi.
3. Masukkan lengkuas, daun limau purut, daun kunyit, bawang putih, cili padi dan ayam. Goreng dan kacau sehingga ayam kelihatan garing.
4. Tuangkan ayam goreng ke dalam tapis. Toskan.

Ayam Goreng Dakanyit

Salam semua

Pejam celik..pejam celik, kita dah pun berada dipenghujung tahun. Cepat betul masa berlalu. Panjang umur, inshaaAllah, kita akan menyambut tahun 2016. Maka bertambah lah usia kita.. semoga tahun yang akan datang lebih baik dan bersinar dalam kehidupan kita semua…
Malam ini saya kongsi resipi ayam goreng Dakanyit iaitu ayam goreng daun kari kunyit yang sedap 😀

Selamat mencuba

image

Bahan-bahan:

1 ekor ayam kampung, dipotong lapan. Buang kulit. Digaul garam kunyit
10 ulas bawang putih di ketuk dan dicincang
Cili padi dihiris nipis. Saya masuk banyak cili padi
10 tangkai daun kari diraut
2 helai daun kunyit (daun besar/lebar) dihiris sederhana nipis
2 biji tomato. Belah dua dan hiris nipis
Minyak yang banyak untuk menggoreng.

Cara:

1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak dan garing. Angkat dan toskan
2. Kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kunyit dan daun kari ke dalam minyak goreng ayam. Goreng sehingga bawang putih kelihatan garing.
3. Masukkan tomato dan goreng sehingga tomato sedikit kering
4. Masukkan ayam dan kacau rata dan masak sehingga ayam kelihatan sebati dengan rencahnya.
5. Tuang ke dalam tapis. Toskan.

Ayam Goreng Selera Kasih

Assalamualaikum

Jom cuba resipi kegemaran Kasih untuk hidangan berbuka puasa nanti 🙂

image

Bahan-bahan:

1) 1 ekor ayam kampung (kecil) dipotong mengikut citarasa, kulit ayam dibuang
2) 1 labu bawang besar dipotong kiub
3) 4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
4) Cili padi dihiris
5) 3 batang serai diketuk dan dipotong dua
6) 5 tangkai daun kari
7) 1/2 kiub pati ayam maggie dihancurkan
8) Serbuk kunyit dan garam

Cara:

1) Ayam digaul kunyit dan garam
2) Panaskan minyak dan goreng ayam seperti biasa sehingga hampir garing
3) Masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi, serai, daun kari, pati ayam dan goreng sehingga ayam garing
4) Tuangkan ayam bersama minyak ke dalam penapis
5) Toskan

♡ it 😉